Events Calendar

Download as iCal file
Faculty Appreciation Nite 2018 (FAN 2018)
Thursday 26 April 2018
Hits : 1512
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
cover.jpg

21 April 2018 - Majlis Faculty Appreciation Nite 2018 (FAN 2018) telah diadakan pada 21 April 2018 bertempat di salah sebuah hotel terkemuka di Kuching sebagai sebahagian daripada usaha fakulti untuk menghargai sumbangan dan kerja keras staf fakulti sepanjang tahun 2017.

 Majlis ini turut diadakan bagi merakamkan penghargaan kepada semua rakan-rakan kolaborator dari Kementerian Kesihatan Malaysia , hospital-hospital swasta dan pensyarah adjung/sambilan yang banyak membantu dalam melancarkan urusan pengajaran, penyelidikan dan perundingan di fakulti sepanjang tahun 2017.

 Majlis ini turut dimeriahkan dengan pelbagai aturcara lain seperti persembahan nyanyian dari staf sendiri dan juga penganugerahan 20 anugerah khas di peringkat fakulti yang melibatkan kategori staf akademik dan staf bukan akademik.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Yg Brs Prof Dr Hj. Ahmad Hata bin Rasit, Dekan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK). Dekan di dalam ucapannya turut menyatakan komitmen fakulti untuk terus memberikan sumbangan yang cemerlang di peringkat fakulti dan juga UNIMAS. Beliau juga menyatakan majlis seumpama ini dapat meningkatkan semangat berpasukan dan motivasi semua staf fakulti untuk terus meningkatkan kecemerlangan di dalam bidang masing-masing. Beliau turut memaklumkan majlis ini menggunakan peruntukan daripada akaun enterprise fakulti, sumbangan daripada pihak pengurusan fakulti dan juga sumbangan dari pihak luar untuk cabutan bertuah.

 

 

Lagi gambar di https://www.facebook.com/pg/unimasmedic/photos/?tab=album&album_id=1491936277584713

 

 

Lagi gambar di https://www.facebook.com/pg/unimasmedic/photos/?tab=album&album_id=1491936277584713

 
Attachment(s):
 
 
Demo