Events Calendar

Download as iCal file
Memacu Komuniti Ecommerce melalui Service Learning UNIMAS 2018
Thursday 19 April 2018, 08:00am - 05:00pm
Hits : 1292
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Picture1.png

PUSAT SUMBER TUN ABANG HAJI OPENG, KAMPUNG AJIBAH ABOL, SATOK KUCHING, 18 APRIL 2018: Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat(FSKTM), Universiti Malaysia Sarawak dengan kerjasama Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum N8 Satok telah menganjurkan Kursus Mereka Cipta Menambaik Pelabelan dan Pembungkusan untuk Persediaan Pasaran Global ECommerce pada 18 April 2018 (9.00 pagi hingga 1.00 tengahari) bertempat di Pusat Sumber Haji Openg, Kampung Bandarsah. Bengkel yang dianjurkan selama satu hari ini dihadiri oleh 33 orang peserta. Peserta-peserta yang menghadirkan diri untuk bengkel ini terdiri daripada pengusaha-pengusaha produk dari kawasan N8 Satok termasuk Kampung Masjid, Kampung Bintangor, Kampung Bandarsah, Kampung No.3, Kampung No.4, Kampung No.5, Kampung No. 6 dan Kampung Kudei. Objektif bengkel ini adalah untuk membantu pengusaha-pengusaha produk untuk memajukan lagi perniagaan mereka dari segi pembungkusan dan pelabelan produk untuk tujuan e-dagang(e-commerce) yang selari dengan hasrat negeri Sarawak kearah ekonomi digital. Antara penlabelan produk yang dikenalpasti untuk penambahbaikan ialah Kuih Sepit, Kudapan Bawang Putih, Biskut, Kek Lapis, Satay Frozen, Popia, Andaman, Acar dan Maruku. Di samping menganjurkan bengkel, pihak pelajar Service Learning juga membantu meningkatkan rekabentuk penlabelan produk salah seorang peserta di Satok, Puan Patung dari Kampung Kudei Lama. Puan Patung terkenal dengan Acar Limau, hasil temubual bersama beliau, Puan sangat berpuashati atas cadangan rekabentuk-rekabentuk yang diilhamkan oleh pelajar Service Learning.

Picture2

Pengusaha-pengusaha yang hadir juga didedahkan dengan skil perisian yang dapat membantu mereka untuk merekabentuk label dan penmbungkusan produk yang dijual dan ditawarkan melalui ICT. Dengan adanya bengkel ini, diharapkan pengusaha-pengusaha produk jelas bahawa pembungkusan dan pelabelan produk adalah salah satu faktor yang harus dititikberatkan sekiranya ingin perkembangkan peniniagaan melalui e-dagang(e-commerce). Bengkel selama sehari ini dikendalikan oleh Penyelia Service Learning Dr Nadianatra Musa, Penyelia Komuniti Pemanca Tuan Haji Rosli Bin Sahari bersama 7 orang pelajar Service Learning terdiri daripada Desmond anak Jenis, Aida Bt Ahat, Muhammad Asyraf bin Fadil, Noor Suhaida Bt Mohd Suhaimi, Ad Rozer, Azrie bin Joe@Abdullah, Wong Teck Ang.

pic2 pic

 

pic3 pic4

pic5

 

 

 
Attachment(s):
 
 
Demo