Events Calendar

Download as iCal file
Majlis Pelancaran Kampus Satelit PERHEBAT-UNIMAS
Friday 06 April 2018
Hits : 1257
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
perhebattyco3.jpg

Kota Samarahan, 5 April 2018:  Majlis pelancaran Kampus Satelit PERHEBAT-UNIMAS semalam, merupakan pencapaian membanggakan hasil kerjasama MoU dan MoA diantara PERHEBAT dan UNIMAS. Teras Kebajikan adalah salah satu fokus strategik Kementerian Pertahanan bagi menambah baik kebajikan anggota dan Veteran ATM. Ini kerana pembangunan modal insan merupakan antara agenda utama Kementerian demi untuk memastikan  kelangsungan kerjaya veteran yang lebih terjamin dan kompetitif.

“Kampus Satelit pertama di Sarawak yang diwujudkan khas untuk anggota ATM, veteran tentera dan keluarga” merupakan inisiatif Teras Kebajikan untuk anggota dan veteran tentera

Kira-kira 97, 015 anggota ATM, veteran tentera dan keluarga di seluruh Sarawak akan mendapat manfaat besar dengan adanya kewujudan Kampus Satelit PERHEBAT-UNIMAS.

Satelit Kampus PERHEBAT-UNIMAS merupakan salah satu agenda daripada Teras Kebajikan dan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) untuk membela kebajikan tentera. 

Majlis ini telah disempurnakan oleh Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Sarawak YB Dato Sri Michael Manyin Jawong yang mewakili Ketua Menteri Sarawak. Selain itu, Majlis turut dihadiri oleh Pengerusi Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) YBhg Leftenan Jeneral (B) Datuk Seri Abdul Aziz Ibrahim, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni YBhg Prof Mohd Fadzil Abd Rahman mewakili Naib Canselor UNIMAS, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) YBhg. Prof Dr Wan Hashim Bin Wan Ibrahim, dan ahli Majlis Dekan.

 

perhebattyco1

 
Attachment(s):
 
 
Demo