Events Calendar

Download as iCal file
KPTN 2018 ruang informasi peluang pendidikan
Monday 02 April 2018, 08:00am - 05:00pm
Hits : 1402
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
WhatsApp Image 2018-04-02 at 11.16.33.jpeg

WhatsApp Image 2018 04 02 at 11.16.32

KOTA SAMARAHAN, 2 April 2018 : Pengarah Institut Kepelbagaian Biologi dan Pemuliharaan Alam Sekitar UNIMAS, Profesor Gabriel Tonga Noweg ditemubual oleh Juruhebah Fhilomina Buang di konti WAIfm Bidayuh RTM Kuching, sebentar tadi.

Temubual pagi tadi bersiaran menerusi segmen Yun Ngan Di Arun di WAIfm berkisar mengenai Karnival Pendidikan Tinggi Negara (KPTN) 2018 yang akan diadakan selama dua hari bermula 7 hingga 8 April ini bertempat di Pasaraya Mydin Petra Jaya Kuching.

Menerusi segmen 30 minit secara langsung itu, Profesor Gabriel Tonga Noweg memberitahu KPTN 2018 merupakan peluang kepada para lepasan SPM, STPM, diploma dan ibubapa untuk mendapatkan informasi pendidikan secara bersemuka dengan wakil-wakil dari Institut Pengajian Tinggi di negara ini.

Katanya, terdapat lebih 100 buah ‘booth’ pempamer dari Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti, Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA), IPTS, Agensi Kelayakan Malaysia, PTPTN dan institusi lain akan berkampung ke karnival berkenaan.

Jelas beliau lagi, antara aktiviti yang disediakan sepanjang karnival berlangsung kelak seperti pameran pendidikan tinggi, konsultasi UPU, biasiswa dan tajaan, kerjaya pendidikan dan banyak lagi.

“ Karnival KPTN merupakan Signature Programme dibawah Kementerian Pendidikan Tinggi yang merupakan platform saluran hebahan utama bagi menyebarluaskan maklumat success story berkaitan pendidikan tinggi dan mengenai peluang akses ke pendidikan tinggi dalam negara selain usaha mempromosikan serta publisiti mengenai kemasukan ke institusi Pendidikan Tinggi bagi sesi 2018/2019,” katanya.

Beliau menambah,kiosk komputer turut disediakan bagi calon mengemukakan permohonan UPUOnline dan staf BPKP @ UPU sedia membantu untuk memberikan konsultansi dari aspek permohonan, bagaimana untuk membuat pemilihan program pilihan, pembelian No.Unik ID.KPT di BSN dan sebagainya.

Maklumat berkaitan KPTN Zon Sarawak boleh didapati di laman Facebook UNIMAS official. Selain itu, untuk pengisian program boleh hubungi pegawai UNIMAS En Abang Akhmas atau Cik Ruvi Christina di talian 082-581000.

 
Attachment(s):
 
 
Demo