Events Calendar

Download as iCal file
MoU UNIMAS dan University Of Malta bukti komitmen ke persada dunia
From Monday 19 March 2018 -  04:00pm
To Tuesday 20 March 2018 - 05:00pm
Hits : 1316
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
malta3.jpg

malta4Malta1

malta2

 

Kota Samarahan, 19 Mac 2018: Memorandum Persefahaman (MoU) yang termenterai di antara Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dengan University of Malta hari ini membuktikan komitmen bersungguh UNIMAS untuk mengembangkan sayap ke persada dunia.

Naib Canselor UNIMAS, Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi berkata UNIMAS sentiasa mencari peluang untuk bekerjasama dalam penyediaan kursus-kursus dan program-program bersesuaian dalam meningkatkan kualiti pendidikan negara.

“ Saya percaya, kerjasama yang termenterai hari ini akan memberi manfaat kepada kedua-dua Universiti seterusnya memperkayakan akademik dan budaya inovatif serta penyelidikan,” kata Naib Canselor dalam teks ucapan beliau yang dibacakan oleh Pengarah Pejabat Canselori dan Hubungan Antarabangsa (UNIMAS Global), Profesor Madya Dr.Abang Ekhsan Abang Othman petang tadi.

Sementara itu, Ketua Jabatan Kaunseling dan Ahli Senat University of Malta mewakili Rektor University of Malta, Dr Dione Mifsud berkata MoU itu membuka laluan kerjasama antara dua universiti pada masa kini dan masa akan datang.

Beliau berkata, selain pertukaran staf dan pelajar, kerjasama lain turut ditekankan seperti penawaran program baharu yang bertepatan dengan keperluan manusia sejagat yang mementingkan perbezaan budaya dan bangsa di dunia.

Antara matlamat MoU tersebut adalah penyediaan peluang dan ruang kepada pelajar dan ahli akademik dari kedua-dua Universiti untuk berkongsi ilmu dan pengalaman menerusi program mobiliti.

Tiga program yang difokuskan dalam MoU tersebut iaitu Program Kaunseling, Program Psikologi dan Program Sains Kognitif dari Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia (FSKPM).

Program-program itu amat sinonim dengan penawaran program di Faculty for Social Wellbeing, University of Malta dan memberi faedah untuk akademik dan penyelidikan di kedua-dua Universiti ini.

Dalam majlis yang sama, Dr Dione Mifsud selaku Presiden kepada International Association for Counselling (IAC) mengumumkan keahlian UNIMAS sebagai Ahli Institut Pendidikan (Education Institute Member) yang pertama di Asia.

Pensijilan ini seterusnya menjadikan UNIMAS, terutamanya Program Kaunseling (FSKPM, UNIMAS) berada dalam Counselling World Mapping Project di bawah IAC.

Keahlian ini meletakkan Program Kaunseling UNIMAS untuk berada dalam world database bagi program kaunseling yang ditawarkan di seluruh dunia sekaligus membuktikan program kaunseling mampu berdaya saing di peringkat antarabangsa.

 

 
Attachment(s):
 
 
Demo