Events Calendar

Download as iCal file
Program Ju Sukarelawan Ngan Berambeh Makan
Tuesday 06 March 2018, 08:00am - 05:00pm
Hits : 1714
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Prog_sukarela1.jpg

Pihak Persatuan Pelajar Fakulti Kejuruteraan (SAFE) Unimas sesi 2017/2018 telah menganjurkan satu program aktiviti sukarelawan yang bertempat di PDK Sri Melayu, Kampung Melayu, Kota Samarahan pada 24 Februari 2018 yang lalu. Seramai 44 orang pelajar dari Fakulti Kejuruteraan UNIMAS termasuk beberapa orang Ahli Persatuan Pelajar Fakulti Kejuruteraan (SAFE) dan seorang pensyarah pengiring iaitu Dr Nazeri Abdul Rahman merangkap Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Fakulti Kejuruteraan telah melibatkan diri dalam program aktiviti sukarelawan tersebut. Pengarah program ini adalah SdrMelvin Luat Anak Augustine Lubon iaitu Pelajar Tahun 3, Program Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan sementara Timbalan Pengarah adalah Sdr Dustin Kirrin Anak Adrin juga Tahun 3 dari progam yang sama. Program yang bertemakan Ju Sukarelawan ngan berambeh makan (Jom sukarelawan dan makan bersama) ini telah disertai oleh pelajar – pelajar dari tahun satu hingga empat dari setiap jabatan di Fakulti Kejuruteraan UNIMAS. Pelbagai aktiviti yang telah dijalankan bersama dengan para peserta dan juga para pelatih dan tenaga pengajar di PDK Sri Melayu. Kesemua aktiviti seperti yang dirancang telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Melalui aktiviti sukarelawan seperti ini, para mahasiswa dan mahasiswi UNIMAS mampu memupuk semangat bekerjasama dalam kalangan mereka dan sekaligus dapat mengeratkan hubungan dengan orang luar terutamanya dengan penduduk setempat khususnya di PDK Sri Melayu ini. Dengan ini, mereka akan mampu menanam sikap hormat dan sayang kepada golongan masyarakat terutamanya seperti golongan orang kurang upaya di PDK ini tanpa mengira agama, bangsa dan usia.  Program ini bermula seawal jam 8.00 pagi dan setibanya disana, para sukarelawan telah diberi taklimat ringkas oleh Dr Nazeri Abdul Rahman sebelum memulakan aktivti gotong – royong. Selepas taklimat, para peserta terus memulakan aktiviti gotong – royong mengikut kerja – kerja yang sudah dibahagikan. Sebahagian dari peserta mencabut rumput, mengutip sampah, membuat batas dan menanam pokok bunga, menghias kawasan pembelajaran para pelajar di PDK dan sebahagian membantu staf PDK Sr Melayu memasak makanan untuk hidangan tengahari. Kesemua aktiviti berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Pihak di PDK Sri Melayu juga amat berpuas hati dengan segala yang telah dilakukan oleh para sukarelawan di tempat tersebut. Secara keseluruhannya, semua aktiviti yang dirancang dan objektif program ini berjaya dilaksanakan dengan jayanya dan mencapai sasaran. Pihak SAFE bercadang untuk menjadikan program aktiviti sukarelawan ini sebagai salah satu aktiviti tahunan dimasa hadapan

 

Prog sukarela2   Prog sukarela3

 

Prog sukarela4   Prog sukarela5

 
Attachment(s):
 
 
Demo