Events Calendar

Download as iCal file
Majlis Perasmian dan Penyerahan Anak Angkat Pelajar Perubatan Tahun Satu Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan
From Thursday 22 February 2018
To Monday 05 March 2018
Hits : 1848
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
ANAK ANGKAT kpg tanjong bako banner.jpg
Assalamualaikum wbt and Salam Sejahtera
 
YBhg Tan Sri/Datuk/Dato'/Datu/Prof/Prof Madya/Dr/Tuan/Puan/Cik
 
Sukacita dimaklumkan penganjuran Majlis Perasmian dan Penyerahan Anak Angkat bagi Kursus Kesihatan Keluarga (MDP10702) Tahun 1 Sesi 2017/2018 merupakan rutin tahunanJabatan Perubatan Komuniti dan Kesihatan Awam. Tujuan utama adalah sebagai sesi perkenalan awal “ice breaking” antara anak angkat iaitu pelajar perubatan tahun 1 dengan bakal keluarga angkat masing-masing di dalam menjalani proses pembelajaran.
 
Dengan adanya majlis ini, para pelajar berpeluang berinteraksi secara terus bersama penduduk kampung. Kampung Tanjong Bako telah dipilih dan akan melibatkan 33 buah keluarga angkat.
 
Sehubungan itu, warga UNIMAS dialu-alukan untuk turut serta dalam majlis perasmian ini seperti butiran berikut:
 
MAJLIS PERASMIAN & PENYERAHAN ANAK ANGKAT 
Pelajar Perubatan Tahun Satu Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan, 
UNIMAS Kursus Kesihatan Keluarga (MDP10702)
 
Tarikh: 04  Mac 2018 (Ahad)
Masa: 9.30 pagi
Tempat: Dewan Masyarakat Kampung Tanjong Bako 
 
Tetamu Kehormat bagi majlis ini adalah YB Dr. Haji Hazland bin Abang Hipni (Adun N.5 Demak Laut). Pelbagai aktiviti telah dirangka untuk majlis ini iaitu Majlis Penyerahan Anak Angkat dan Sesi Pameran oleh pihak pelbagai agensi seperti Agensi Antidadah Kebangsaan dan pihak Fakulti Perubatan sendiri. 
 
Dikepilkan tentatif program untuk makluman bersama.
 
Sekian harap maklum dan terima kasih
 
Attachment(s):
 
 
Demo