Events Calendar
Seramai 12 orang pelajar Fakulti Kejuruteraan dari pelbagai tahun pengajian Jabatan Kejuruteraan Kimia dan Tenaga Sustainibiliti, Elektrikal dan Elektronik, dan Sivil telah menjalani aktiviti sukarelawan di SK Tanjong Bako, Kuching dengan bimbingan seorang pensyarah dari Fakulti Kejuruteraan sebagai penceramah untuk Program Motivasi Teknik Belajar dan Pengurusan Diri. Program ini telah dianjurkan oleh Persatuan Ibu Bapa dan Komuniti SK Tanjong Bako yang diadakan di Dewan Ibnu Khaldun, SK Tanjong Bako (YBA 1334) pada 10 Februari 2018. Kumpulan sukarelawan dari Fakulti Kejuruteraan ini diketuai oleh Dr Nazeri Abdul Rahman, Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Fakulti Kejururuteaan, sementara para pelajar yang terlibat termasuklah Dayang Noor Azie binti Abang Zainal Abidin,Nor Liyana binti Yusop, Nur Afifah binti Tomiran, Nur Jihan Nazihah binti Amin, Ruckina dan Richard Kisil dari Tahun 4, Program Kejuruteraan Kimia serta Muhammad Nur Adib b. Ramli, Nadi Zulfika b. Suhaili, Nur Azmina binti Ibrahim, Nur Syahmina binti Ibrahim dan Nurul Hafiza binti Othman pelajar Tahun 2 dari program yang sama. Sementara itu Muhammad Izzat Syakir b. Shakeri, dan Jeffry Masir anak Saton adalah masing-masing Pelajar Tahun 2 dari Program Kejuruteraan Sivil dan juga Program Kejuruteran Elektrikal dan elektronik. Objektif utama program motivasi ini adalah untuk memberi bimbingan dan tunjuk ajar khususnya kepada pelajar dari Tahun 4, 5 dan 6 dalam pengolahan dan pengunaan Teknik peta minda (mind-mapping) dalam membuat nota pelajaran. Sebelum aktiviti peta minda (mind-mapping), Dr. Nazeri b. Abdul Rahman juga berpeluang memberikan sedikit ceramah motivasi kepada pelajar SK Tanjong Bako untuk menyuntikkan lagi semangat belajar pelajar. Hadiah dan saguhati untuk aktiviti ini telah disumbangkan oleh beberapa orang staf dari Fakulti Kejuruteraan.
Oleh : Dr Nazeri Abdul Rahman, Nur Azmina binti Ibrahim dan Nur Syahmina binti Ibrahim