Events Calendar

Download as iCal file
'TEGUH BERSAMA' SUMBER INSPIRASI KONTINJEN UNIMAS KE KEJOHANAN SUKAN INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI 2018 (SUKIPT 2018)
From Thursday 01 February 2018 -  08:00am
To Thursday 15 February 2018 - 05:00pm
Hits : 2343
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
SUKIPT 2018.png

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera,

Universiti Malaysia Sarawak akan menyertai SUKIPT 2018 yangmerupakan edisi ke-4 semenjak tahun 2012 dianjurkan . Kali ini, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi akan menjadi tuan rumah kepada kejohanan dwi tahunan yang berpestij ini bermula pada 2-10 Februari 2018. Kontinjen UNIMAS akan menyertai sebanyak 16 sukan dengan kekuatan kontinjen 14 orang pegawai dan 79 atlet.

Acara sukan yang disertai terbahagi kepada 2 fasa iaitu Fasa 1(2-7 Februari 2018) tenis, badminton, bola tampar (wanita), boling padang (wanita), ping pong (lelaki dan wanita), memanah (lelaki), sepak takraw (lelaki), Silat Olahraga (lelaki dan wanita), tenpin bowling (wanita), taekwando (lelaki) dan renang (lelaki) manakala Fasa 2 (5-10 Februari 2018) Olahraga (lelaki dan wanita), ragbi 7's (lelaki), catur (lelaki dan wanita) , karate (wanita) dan skuasy (lelaki).

 En. Zambari Hj Baijuri (Ketua Penolong Pengarah , Pusat Sukan) telah dilantik sebagai Ketua Kontinjen UNIMAS  manakala Timbalan Ketua Kontinjen adalah En. Ealfy Gragory Dullie (Pegawai Belia & Sukan, Pusat Sukan). Dengan Motto Kontinjen 'TEGUH BERSAMA' pastinya akan menjadi penyuntik semangat atlet-atlet UNIMAS untuk bertanding dan memperolehi kejayaan cemerlang demi mengharumkan nama UNIMAS di SUKIPT 2018. Saudari Cecilia Lai Yan Fei (atlet tenis) telah diberi penghormatan untuk membawa dan mengibarkan bendera UNIMAS semasa Majlis Perasmian SUKIPT 2018 nanti.

Bersama-samalah kita warga UNIMAS mendoakan kejayaan cemerlang Kontinjen UNIMAS di SUKIPT 2018!

~ TEGUH BERSAMA~

 
Attachment(s):
 
 
Demo