Events Calendar

Download as iCal file
Program Service Learning anjuran FSKTM UNIMAS terima sumbangan
Friday 26 January 2018
Hits : 1730
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Penyerahan Cek Oleh YB IR Aidel kepada Prof Dr Wan Hashim

Kota Samarahan, 26 Januari 2018- Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) telah menerima sumbangan sebanyak RM11,300.00  daripada YB IR Aidel Bin Lariwoo untuk melaksanakan program service learning pada tahun ini.

Program Service Learning telah dilaksanakan sejak September 2016, bermula Semester 1, 2016/2017 sehingga kini. Ia merupakan satu program di mana pelajar UNIMAS dan masyarakat setempat bekerjasama dan membudayakan perkongsian ilmu dan memanfaatkan kedua-dua pihak. Ini dengan erti kata lain komuniti dapat menyelesaikan masalah setempat dengan bantuan pelajar manakala pelajar dapat meningkatkan kemahiran insaniah dan jati diri.

Kebanyakan program yang dijalankan bersama masyarakat ialah berkongsi ilmu dan pendedahan meluas mengenai dunia ICT kepada komuniti setempat. Ini adalah sejajar dengan hala tuju ke arah Revolusi Industri (IR 4.0) dan secara tidak langsung menyumbang kepada usaha ke arah Digital Ekonomi Sarawak.

Sepanjang pelaksanaannya dari 2016, jumlah projek Service Learning yang terlibat adalah sebanyak 52 projek. Ini merangkumi 30 projek di kampung dan 22 projek di sekolah. Sejumlah 447 orang pelajar telah dilibatkan dalam Program Service Learning di kawasan Kuching dan Samarahan.

Terdapat 5 jenis projek yang telah dilaksanakan bersama-sama komuniti seperti :

  • Membina pangkalan data (Cth Profail Kampung, Sistem Pengurusan Pelajar di Sekolah)
  • Mengadakan latihan IT
  • Membangun video promosi/korporat
  • Mengadakan ceramah kesedaran IT
  • Laman atau Portal Web Kampung dan Produk Setempat

Hasil dari Program Service Learning di Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM), dua MoU telah dimeterai pada tahun lepas iaitu:

  • MoU di antara UNIMASdan Ketua Masyarakat N8 Satok
  • MoU bersama pihak industri iaitu FAS Holdings Sdn Bhd UNIMAS, ke arah Cashless Community.

FSKTM UNIMAS berhasrat akan meneruskan MoA bersama pihak yang terbabit.

YB Ir Aidel bin Lariwoo yang merupakan ahli DUN N24 Sadong Jaya telah menyerahkan replika cek tersebut kepada YBhg Prof Dr Wan Hashim Wan Ibrahim, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UNIMAS dan disaksikan oleh tetamu-tetamu di kalangan pensyarah dan pegawai UNIMAS yang turut hadir ke majlis ini.

 

Disediakan oleh: RCA

 
Attachment(s):
 
 
Demo