Events Calendar

Download as iCal file
Amanat NC 2018 tekankan pemerkasaan pembudayaan penyelidikan dan inovasi
Friday 26 January 2018, 08:00am - 05:00pm
Hits : 2715
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
image5.jpeg

image2

 

KOTA SAMARAHAN, 26 Januari 2018 : Naib Canselor UNIMAS, Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi mengumumkan penubuhan Centre of Big Data Analytics and Visualisation di bawah Digital Sarawak CoE semasa Majlis Amanat NC 2018 diadakan   di Arena Gemilang, DeTAR PUTRA, pagi tadi.

Beliau berkata, pusat itu akan dipertanggungjawabkan untuk menjalankan penyelidikan dan pembangunan yang berkaitan Big Data Analytics bagi menyokong lapan sektor ekonomi utama iaitu pertanian, pelancongan, kesihatan, infrastruktur, pembuatan, teknologi kewangan, perumahan dan pengangkutan.

“ UNIMAS telah diberi kepercayaan oleh Kerajaan Negeri Sarawak untuk menyelaras Digital CoE Sarawak, bersama dengan rakan-rakan kita iaitu Kementerian Pendidikan, Sains, dan Penyelidikan Teknologi Sarawak, Swinburne University of Technology, Curtin University, UiTM, University College of Technology Sarawak (UCTS), Pusat Biodiversiti Sarawak, dan Kementerian Permodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Sarawak (MANRED) telah diamanahkan untuk mengurus Digital Sarawak CoE.

“ Adalah penting bagi penyelidik kita untuk bekerjasama dengan rakan/agensi/industri luar atau penyelidik dari institusi lain dalam memastikan projek-projek mempunyai output / hasil ketara yang selari dengan lapan sektor ekonomi utama yang telah dikenalpasti,” sambung beliau.

Menurut Naib Canselor, pusat ini akan diterajui oleh penyelidik UNIMAS dari pelbagai fakulti termasuk penyelidik dari institusi akademik lain di Sarawak, dan juga pakar di industri.

Dalam amanat, NC turut mengumumkan penjenamaan semula dan naik taraf beberapa Pusat dan Fakulti di Universiti ini antaranya penjenamaan semula Centre for Business, Economics and Finance Forecasting kepada Centre for Financial Technology & Innovation (Pusat Teknologi Kewangan dan Inovasi UNIMAS), Fakulti Sains Sosial kepada Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), naik taraf Institut Informatik Sosial dan Inovasi Teknologi (ISITI) sebagai Pusat Inovasi Sosial atau Centre for Social Innovation, cadangan penstrukturan dan penjenamaan Institut Reka Bentuk dan Inovasi menjadi Institut Seni Kreatif dan Teknologi (Institute of Creative Arts and Technology) dengan nama ringkasnya iCreate.

Naib Canselor berkata, UNIMAS kini telah mempunyai sepuluh fakulti akademik selepas penubuhan Fakulti Alam Bina mendapat kelulusan pada 9 Jun tahun lepas.

Jelas beliau, manakala program Sarjana Muda Ukur Bahan (Quantity Surveying) sedang dalam proses mendapat kelulusan Kementerian Pendidikan Tinggi dan bakal ditawarkan pada ambilan September nanti.

“ Bagi membantu dan memperkasa pembudayaan penyelidikan dan inovasi, 45 kluster penyelidikan di UNIMAS akan distruktur semula dibawah 4 Kluster utama iaitu Engineering & Technology, Natural Sciences, Arts, Humanities & Management dan Medicine & Life Sciences,” katanya.

Beliau berharap kluster-kluster utama itu akan menggalakkan kerjasama serta kolaborasi rentas displin dan menghasilkan impak yang lebih signifikan dan cepat kepada Universiti ini.

Tambahan katanya, UNIMAS mensasarkan pada tahun ini dapat memperkasakan pembudayaan penyelidikan dan inovasi serta membina asas kukuh dalam menyahut cabaran pelaksanaan ke arah Revolusi Industri ( IR4.0.). Ini adalah sejajar dengan hala tuju Kementerian Pendidikan Tinggi.

Dalam majlis yang sama, Pengerusi Lembaga Pengarah UNIMAS, YBhg Datu Dr Hatta Bin Solhi telah melancarkan UNIMAS Publisher Online Bookshop dan Buku UNIMAS 25 Years of Achievements & Aspirations of Research Institutes and Centres.

Sistem online shop itu telah dibangunkan pada bulan Disember lepas oleh UNIMAS Publisher dan CITDS dan telah diaktifkan kepada orang ramai sebagai cubaan pertama pembelian buku secara atas talian.

Dalam pada itu, amanat Naib Canselor yang berlangsung lebih dua jam itu telah dihadiri oleh lebih 2,000 warga Universiti terdiri daripada kakitangan akademik dan bukan akademik.

Amanat tahun ini bertemakan “ Teguh Bersama” dan tagline ini telah mula digunakan semasa sambutan Hari keluarga UNIMAS pada tahun lepas dengan harapan manifestasi tersebut dapat digarap  oleh warga Universiti ini dalam mengharungi sebarang perubahan dan cabaran bersama berdasarkan kepercayaan, keyakinan, hormat-menghormati serta kekentalan jati diri secara kolektif.

Sempena sambutan meraikan ulang tahun ke-25, Simbolik Penyerahan Cenderahati turut disempurnakan oleh Naib Canselor kepada semua Ketua-ketua Pusat Tanggungjawab di UNIMAS dan seluruh warga kerja UNIMAS juga turut diagihkan cenderahati sempena sambutan jubli perak UNIMAS.

Artikel oleh : Sarena Haidir

Foto oleh : Azlandy M.A.T

 
Attachment(s):
 
 
Demo