Events Calendar
KOTA SAMARAHAN, 25 Januari 2018 : Bagi menggalakkan warga kampus (UNIMAS) menjadi lebih aktif dan melakukan aktiviti fizikal supaya menjadi lebih cerdas, Pusat Kesihatan UNIMAS telah menganjurkan Program Berjalan 10,000 langkah bermula kelmarin.
Program tersebut akan diadakan setiap hari Rabu iaitu pada minggu kedua dan minggu keempat setiap bulan.
Ia merupakan kesinambungan program yang sama diadakan pada tahun lepas dengan tujuan untuk mengalakkan warga kampus lebih aktif, sihat mental dan fizikal serta mengurangkan kadar risiko penyakit kardiovaskular.
Program Berjalan 10,000 langkah PKU ini bermula dari jam 4.00 petang hingga 5.00 petang bermula dari bangunan HEPA ke Jalan Ensurai dan Jalan Merbau dan seterusnya kembali ke HEPA.
Artikel oleh : Sarena Haidir
Foto oleh : Azlandy M.A.T