Events Calendar

Download as iCal file
SME@UNIMAS lahirkan usahawan PKS berdaya saing
Thursday 30 November 2017, 08:00am - 05:00pm
Hits : 1692
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
SME2.jpg

SME1

 

KOTA SAMARAHAN, 30 November 2017 : Seramai 19 orang usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bergraduasi kelmarin selepas menamatkan program SME@UNIMAS 2017 yang diadakan selama dua bulan lepas.

Penyerahan sijil tamat program para usahawan tersebut telah disampaikan oleh Pengarah Kanan, Pembangunan Perniagaan & Keusahawanan, SME Corporation Malaysia, Encik Zaki Moh dalam Majlis Graduasi SME@UNIMAS 2017

Turut hadir menyaksikan majlis graduasi yang diadakan bertempat di Dewan Syarahan, Pusat Islam Tun Abang Salahuddin (PITAS) UNIMAS ialah Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Profesor Dr Wan Hashim Wan Ibrahim.

Program SME@UNIMAS 2017 itu telah diadakan sejak 5 Ogos sehingga 7 Oktober lepas dengan sembilan modul telah dipelajari sepanjang program itu berlangsung.

Para graduan SME@UNIMAS 2017 terdiri daripada para usahawan PKS dalam pelbagai lapangan perniagaan antaranya perkhidmatan, pembuatan, makanan, fesyen, pertanian, perabot, minyak dan gas.

Antara objektif program ini diadakan adalah untuk memantapkan lagi kemahiran dan meluaskan pengetahuan para usahawan sebagai usaha mengembangkan lagi perusahaan yang dijalankan.

 

Artikel oleh : Sarena Haidir

Foto oleh : Azlandy M.A.T

 
Attachment(s):
 
 
Demo