Events Calendar

Download as iCal file
Perkayakan kerjasama: UNIMAS tandatangani MoU dengan JAIS
Wednesday 29 November 2017, 08:00am - 05:00pm
Hits : 2544
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
JAIS4.jpg

JAIS3JAIS2

 

 

 

KOTA SAMARAHAN, 29 November 2017: Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) di Bilik Mesyuarat Utama, UNIMAS, pagi tadi.

Majlis menandatangani dokumen perjanjian itu telah dilakukan di antara Naib Canselor UNIMAS, Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi  dengan Pengarah JAIS, Tuan Haji Ismail Haji Mohd Hanis.

Dalam ucapan ringkas, Naib Canselor menyatakan kesudian pihak UNIMAS untuk bekerjasama dengan pihak luar dalam apa juga bidang, yang akhirnya boleh mendatangkan manfaat kepada masyarakat.

Katanya, adalah menjadi fokus UNIMAS untuk menyalurkan sokongan dan kepakaran yang ada untuk membantu Kerajaan Negeri membangunkan kehidupan masyarakat di negeri ini.

 “ Sememangnya kita di UNIMAS menyokong dan memperkayakan kerjasama sebegini dengan pihak luar. Ini kerana, kita mahu UNIMAS menonjolkan diri supaya masyarakat tahu akan kesediaan Universiti ini dalam membantu masyarakat dari pelbagai sudut dan perkara.

“ Seperti majlis pagi ini, kita menjalinkan kerjasama dengan JAIS dan kita lihat banyak peluang boleh kita bantu seperti menyediakan kepakaran dalam bidang penyelidikan, pendidikan dan sebagainya sejajar dengan usaha melahirkan ramai anak-anak tempatan meneruskan pengajian di peringkat tinggi di negara ini,” sambungnya lagi.

Dalam pada itu, MoU ini bertujuan menjalinkan kerjasama penyelidikan dan pembangunan antara UNIMAS dan JAIS terutama dalam bidang pengajaran dan pembelajaran, bidang penglibatan khidmat masyarakat, penganjuran persidangan, konvesyen, bengkel dan seminar.

Turut hadir menyaksikan majlis menandatangani MoU ini ialah Pengarah Institut Pengajian Borneo UNIMAS, Profesor Madya Dr Shahren Ahmad Zaidi Adruce, Pengarah Pusat Islam UNIMAS, Profesor Madya Dr Abdul Halim Busari, Timbalan Pengarah UNIMAS Global, Dr Regina Garai, Ketua Unit Penyelidikan, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan JAIS, Ustaz Haji Muhammad Adib Haji Saini, Pegawai-pegawai UNIMAS dan JAIS.

Artikel oleh : Sarena Haidir

Foto oleh : Azlandy M.A.T

 
Attachment(s):
 
 
Demo