Events Calendar

Download as iCal file
Konvokesyen UNIMAS Ke-21 bakal lahirkan 4,120 graduan
From Wednesday 01 November 2017
To Thursday 02 November 2017
Hits : 2307
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
PC1.png

KUCHING, 1 November 2017: Seramai 4,120 bakal graduan akan menerima ijazah merangkumi pelbagai peringkat pengajian iaitu ijazah doktor falsafah, ijazah sarjana dan ijazah sarjana muda menjelang Majlis konvokesyen Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Ke-21 tahun ini yang bermula Isnin hadapan (6 November 2017).

Dalam sidang media hari ini, Naib Canselor UNIMAS, Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi berkata majlis konvokesyen kali ini diadakan dalam lima sidang selama empat hari bertempat di Arena Gemilang, Dewan Tunku Abdul Rahman Putra (DeTAR PUTRA) UNIMAS.

Beliau berkata, jumlah graduan terdiri daripada  68 orang graduan doktor falsafah (PhD), Ijazah Sarjana (376 orang) dan Ijazah Sarjana Muda (3,676 orang).

“ Konvokesyen kali ini menyaksikan jumlah graduan PhD kita yang teramai termasuk seorang graduan PhD termuda.

“ Malah, konvokesyen kali ini melahirkan barisan graduan pertama bagi program linguistik dari fakulti pengajian bahasa dan komunikasi iaitu seramai 48 orang,” katanya lagi.

Menurut Naib Canselor, majlis konvokesyen ini juga istimewa kerana tahun ini UNIMAS meraikan Jubli Perak atau ulang tahun UNIMAS yang Ke-25.

Tambahnya lagi, pengisytiharan majlis konvokesyen ke-21 pada sidang pertama akan disempurnakan oleh  Tun Canselor UNIMAS, Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud.

Beliau berkata, pada sidang pertama (6 November 2017) juga diadakan pemasyuran Pro-Canselor baru UNIMAS iaitu Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg.

Turut disampaikan adalah anugerah-anugerah akademik seperti Anugerah Pelajaran Di Raja (Pingat Jaya Cemerlang), Anugerah Canselor dan Anugerah Pro Canselor kepada graduan terpilih menerusi kecemerlangan mereka dalam akademik dan ko kurikulum sepanjang pengajian di universiti ini.

Sementara itu, sepanjang minggu konvokesyen ini, UNIMAS juga menganjurkan Festival Konvokesyen 2017 (ConFest 2017) yang menyediakan lebih dari dua puluh aktiviti menarik untuk para pengunjung bermula 28 Oktober sehingga 12 November depan.

Antara aktiviti yang termuat di dalam UNIMAS ConFest 2016 seperti citrawarna, konsert perdana 2017, pertandingan joran, pertandingan Dota 2, Karnival Sukan Confest, Human vs Zombie, Pertandingan FIFA Confest dan banyak lagi.

Turut dibuka gerai-gerai makanan dan minuman, gerai menjual pakaian, tudung dan sebagainya serta gerai fotografi, bunga dan cenderahati.

Festival Konvokesyen atau lebih dikenali sebagai ConFest 2017 diadakan pada setiap tahun sempena Majlis Konvokesyen UNIMAS yang bertujuan untuk memeriahkan sambutan konvokesyen Universiti ini.

 
Attachment(s):
 
 
Demo