Events Calendar

Download as iCal file
Empat belas MPP Sesi 2017/2018 terima watikah pelantikan
From Thursday 26 October 2017 -  08:00am
To Friday 27 October 2017 - 05:00pm
Hits : 4133
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
mp2.jpg

mpp1mp5

 

KOTA SAMARAHAN, 26 Oktober 2017 :  Empat belas pelajar dipilih sebagai Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UNIMAS Sesi 2017/2018 dengan penyampaian watikah pelantikan telah diserahkan oleh Naib Canselor, Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi, petang kelmarin di Rumah Universiti, UNIMAS.

Senarai barisan MPP baharu itu menggantikan barisan MPP terdahulu yang telah tamat pelantikan pada 5 Oktober lepas.

Berikut adalah senarai MPP Sesi 2017/2018 UNIMAS :

  1. Yang DiPertua                   : Abdul Muhaimin bin Roslan
  2. Naib Yang DiPertua          : Muhammad Zaim bin Mohd Sayuti
  3. Setiausaha Agong              : Stephanie Ang Le Ming
  4. Bendahari Kehormat         : Mohd Khairul Annuar bin Mazlan Ung
  5. Exco Akademik dan Kesarjanaan : Nur Nadiana binti Sabriee
  6. Exco Kebajikan dan Keselamatan : Muhammad Aliff Farhan bin Inshah
  7. Exco Sukan, Rekreasi dan Kesihatan : Shatishkomar Ramesh
  8. Exco Keusahawanan Kerjaya dan Inovasi : Shervin Leong Weng Ee
  9. Exco Perhubungan dan Antarabangsa : Leeroy Garet anak Edwin Linggie
  10. Exco Kebudayaan dan Keseniaan : Muhamad Bukhari bin Muhamad Latuffi
  11. Exco Sahsiah dan Modal Insan      : S.Uvanappria a/p Sathasivam
  12. Exco Kemudahan dan Pengangkutan : Jumaidah binti Idris
  13. Exco Multimedia, Publisiti dan Informasi : Mohamad Hilmi bin Othman
  14. Exco Kesukarelawan dan Kemasyarakatan : Intan Anis Suraya binti Hussen

Sementara itu, seramai  sebelas (11) orang calon telah bertanding untuk menduduki Kerusi Umum dan empat (4) orang calon bagi Kerusi Fakulti pada Hari Pengundian Pemilihan MPP UNIMAS yang telah berlangsung pada 19 Oktober 2017 yang lalu, manakala lapan (8) kerusi fakulti telah dimenangi tanpa bertanding.

Seramai 8,686 (60.72 peratus) orang pelajar yang layak telah turun mengundi pada tarikh tersebut daripada jumlah keseluruhan yang layak mengundi termasuk pelajar-pelajar UNIMAS yang berada di Sibu.

Fakulti Pengajian Bahasa dan Pengajian Komunikasi, UNIMAS pula telah mencatat peratusan pelajar tertinggi turun mengundi iaitu sebanyak 98.41 peratus.

Artikel oleh : Sarena bt Haidir

Foto oleh      : Azlandy M.A.T

 
Attachment(s):
 
 
Demo