Events Calendar

Download as iCal file
Coca-ColaKU singgah ke UNIMAS
Wednesday 25 October 2017, 08:00am - 05:00pm
Hits : 1529
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
cola2.JPG

cola1

KOTA SAMARAHAN,  25 Oktober 2017 : Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) terpilih sebagai lokasi singgah bagi Program Coca-ColaKU (Komuniti Usahawan) via KPDNKK yang bertujuan untuk menyediakan latihan keusahawanan berkonsepkan aktiviti di peringkat mikro, kecil dan sederhana dalam kalangan pelajar IPT di negara ini.

Program Coca-ColaKU ini merupakan program pertama KPDNKK dengan kerjasama pihak Multinasional Company (MNC) dengan melibatkan 13 buah IPT dan sasaran peserta seramai 14,500 orang terdiri dari pelajar UA dan usahawan PKS.

Majlis perasmian program ini di UNIMAS telah dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UNIMAS, Profesor Mohd Fadzil Abdul Rahman, pagi tadi bertempat di Arena Gemilang, DeTAR PUTRA UNIMAS.

Dalam ucapan, Profesor Mohd Fadzil mengucapkan rasa penghargaan kepada pihak penganjur kerana memilih Universiti ini sebagai lokasi singgah bagi program berkenaan.

Beliau berkata, program tersebut bakal memberi manfaat kepada pelajar dan juga usahawan PKS dengan penyediaan tips-tips dan kaedah-kaedah perniagaan yang lebih teratur.

“ Bidang keusahawanan adalah luas dan kita tidak boleh memandang keuntungan pada kadar yang segera. Sebenarnya dalam keusahawanan, kita bukan sahaja menjana pendapatan untuk diri sendiri tetapi juga membuka peluang untuk berbakti kepada masyarakat dan negara seperti menyediakan pekerjaan kepada masyarakat dan menjana pendapatan kepada negara ini,” katanya.

Beliau turut berharap program-program seumpama itu dari mana-mana agensi kerajaan dan swasta, dapat diadakan sebagai usaha memantapkan keusahawanan dalam kalangan pelajar di UNIMAS.

Sementara itu, matlamat utama program itu diadakan adalah untuk memberi latihan kepada peserta untuk memulakan perniagaan mereka sendiri mengikut asas perniagaan dan merancang strategik perniagaan yang betul.

Program Coca-ColaKU via KPDNKK ini menyediakan modul-modul yang disediakan seperti memulakan perniagaan baru, pengurusan akaun dan stok yang efektif, mengurus kewangan dan pendapatan serta mengurus kualiti dan perkhidmatan.

Modul tersebut digarap dengan kaedah yang lebih komprehensif melalui ‘ buku kit latihan perniagaan’ yang disediakan khusus kepada peserta dengan kolaborasi KPDNKK yang membantu menyediakan modul berkenaan pendaftaran perniagaan, promosi dan etika perniagaan.

Artikel oleh : Sarena Haidir

 
Attachment(s):
 
 
Demo