Events Calendar

Download as iCal file
UNIMAS, Universiti Pertama Perkenal Pengenalan Digital di Negara
Thursday 19 October 2017, 08:00am - 05:00pm
Hits : 1629
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
qrcode.jpg

KUCHING 18 Okt. - Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) menjadi universiti pertama memperkenalkan pengenalan digital di negara.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, pengenalan digital tersebut menggunakan kod QR mengambil masa sebulan untuk pihak universiti menyediakannya.

“Melalui penggunaan pengenalan digital ini, pelajar Unimas tidak perlu lagi membawa kad pengenalan pelajar.

“Mereka boleh menggunakan kod QR dimiliki dalam telefon pintar masing-masing bagi soal pentadbiran, akses kemudahan universiti seperti perpustakaan malah membeli barangan dan bermacam-macam lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Jubli Perak Unimas 2017 di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datin Paduka Ir. Dr. Siti Hamisah Tapsir; Naib Canselor UNIMAS, Prof. Datuk Dr. Mohamad Kadim Suaidi dan Pengerusi Lembaga Pengarah, Datuk Dr. Hatta Solhi.

Tambahnya, pada bulan hadapan, pengenalan digital itu juga akan diperkenalkan Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) manakala Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pada Disember nanti. - UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/sarawak/unimas-universiti-pertama-perkenal-pengenalan-digital-di-negara-1.539466
© Utusan Melayu (M) Bhd

 
Attachment(s):
 
 
Demo