Events Calendar

Download as iCal file
PERTANDINGAN TENPIN BOWLING PIALA PUSINGAN DATIN KARTINI AHMAD ANJURAN MASNITA DAN PUSAT SUKAN UNIMAS
Wednesday 18 October 2017, 08:00am - 05:00pm
Hits : 4141
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
bowling_59_TYCO1300.jpg

bowling 577 TYCO1821 bowling 618 TYCO1862

bowling 620 TYCO1864 bowling 659 TYCO1903

bowling 670 20171014 TYCO1914

 

Kota Samarahan, 15 Oktober 2017, Persatuan Wanita Universiti Malaysia Sarawak (MASNITA) dengan kerjasama Pusat Sukan UNIMAS telah menganjurkan Pertandingan Tenpin Bowling (Trios) Piala Pusingan Datin Kartini Ahmad bertempat di Megalanes Bowling, Batu Kawa, Kuching.

Pertandingan Tenpin Bowling merupakan aktiviti sukan tahunan bagi MASNITA. Sempena ulang tahun UNIMAS yang ke-25 pada tahun 2017, Pesatuan MASNITA telah membuka pertandingan tenpin bowling kepada semua warga UNIMAS berbanding tahun-tahun sebelum ini di mana pertandingan hanya dibuka kepada ahli Persatuan MASNITA sahaja.

Sebanyak 36 pasukan campuran yang melibatkan seramai 108 warga UNIMAS telah berentap bagi merebut hadiah-hadiah menarik yang ditawarkan untuk pertandingan tenpin bowling pada kali ini. Setiap peserta yang telah mendaftar juga turut menerima cenderahati masing-masing daripada YBhg Datin Kartini Ahmad, selaku Yang Di-Pertua Masnita. Majlis perasmian turut disempurnakan sendiri oleh YBhg Datin Kartini Ahmad dan turut hadir YBhg Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suadi, Naib Canselor UNIMAS.

Selepas berentap untuk tiga pusingan, pasukan no.32 telah mendapat Johan dengan mengumpul kejatuhan pin sebanyak 1148 yang diwakili oleh Bakri Abd Karim, Iyliana Abdullah dan Nurhashima Penater. Naib Johan pula berjaya direbut oleh pasukan no.26 iaitu Mohd Zulfakhri, Zafuani Ahmad dan Siti Farah dengan mata pin sebanyak 1120. Manakala, tempat ketiga dengan mata pin 1087 dimenangi oleh Nazrin Wagiman, Kairunnisa Bujang dan Suriani Junaidi iaitu daripada pasukan no. 29. Seterusnya tempat keempat ialah daripada pasukan no.4 yang diwakili oleh Hj Affandi Hj Othman, Siti Fazilah dan Juliana Pon dengan mata pin 1079. Pasukan no.2 terpaksa berpuas hati dengan tempat kelima dengan jumlah mata pin 1065 diwakili oleh Profesor Madya Dr Noor Alamshah, Hadijah Morni dan Nor Fadzilah Kamarulzaman. Selain itu, pemenang bagi High Series kategori lelaki dimenangi oleh Nazrin Wagiman dan kategori perempuan digondoli oleh Iyliana Abdullah. Uniknya, kedua-dua pemenang ini adalah merupakan ibu dan anak yang mempunyai bakat besar dalam pertandingan bowling. Bagi pemenang high game lelaki pula dimenangi oleh Isa Kumar dan Rosaidawati Abd Said pemenang untuk kategori perempuan.

 

Oleh : MASNITA, UNIMAS.

 
Attachment(s):
 
 
Demo