Events Calendar

Download as iCal file
Orientation Day for Faculty of Engineering 2017/2018 Session Intake
Thursday 05 October 2017, 08:00am - 05:00pm
Hits : 2937
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Orientasi1.jpg

Persatuan Pelajar Fakulti Kejuruteraan (SAFE) telah menganjurkan satu program iaitu Hari Orientasi Pelajar Fakulti Kejuruteraan ambilan sesi 2017/2018. Program ini bertempat di Dewan Kuliah CTF1, Unimas dan sekitar Fakulti Kejuruteraan pada 30 September 2017. Kumpulan sasaran program ini adalah pelajar tahun 1 Fakulti Kejuruteraan dan kehadiran mereka adalah diwajib. Seramai 410 pelajar tahun 1 yang telah menyertai program ini dan bagi membantu menjayakan program ini, pihak SAFE telah melantik seramai 48 ahli jawatankuasa yang terdiri daripada para pelajar senior Fakulti Kejuruteraan. Pihak persatuan Institusi Kejuruteraan Malaysia (IEM)-SAFE juga memberi kerjasama dalam program ini. Tujuan utama program ini adalah untuk mendedahkan pelajar tahun 1kepada persekitaran pembelajaran dan kehidupan sebagai pelajar Fakulti Kejuruteraan serta memperkenalkan mereka kepada persatuan SAFE dan IEM-SAFE. Tentatif program pada hari tersebut ialah pendaftaran pelajar, pengenalan kepada ahli jawatankuasa SAFE dan IEM-SAFE, aktiviti ‘explorace’ dan acara penutupan yang dihadiri oleh Dr Nazeri Abdul Rahman, Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar, dan Alumni serta penasihat SAFE yang baru Dr. Lidyana Roslan. Disamping itu Kempen Pop Tab 2.0 juga telah diperkenalkan sebagai program amal untuk membuat kaki palsu dan kempen ini telah dirasmikan oleh Dr. Nazeri Abdul Rahman pada majlis yang sama.

Student Association Faculty of Engineering (SAFE) has organized an Orientation Day for Faculty of Engineering 2017/2018 session intake. This program was held at Lecture Hall CTF1, UNIMAS and the surrounding area around Faculty of Engineering on 30th September 2017. The targeted group for this program is the 410 individuals of the faculty 1st year students in which their attendance has been made compulsory. To assist in the program, SAFE has recruited a total of 48 committee members who are comprised of Faculty of Engineering senior students. Student association of Institute of Engineering Malaysia (IEM)-SAFE also have extended a helping hand in organizing this program. The main objective of this program is to expose the 1st year students to the learning and living environment as students of the Faculty of Engineering, as well as introducing them to SAFE and IEM-SAFE association. The program tentative was the student registration, introduction to SAFE and IEM-SAFE committee members, explorace and a closing event which was attended by Dr. Nazeri Abdul Rahman, the Deputy Dean of Student Affairs and Alumni, and the new SAFE advisor Dr. Lidyana Roslan. During the closing event, Faculty of Engineering Deputy Dean for Students Affairs and Alumni also officiated Pop Tab 2.0 Campaign which is as a charity program to collect aluminum can pop tab for the production of prosthetic legs. 

The montaj is at https://youtu.be/ZPX40PZAHYM

 

Orientasi2  Orientasi3

 

Orientasi4  Orientasi5

 

 
Attachment(s):
 
 
Demo