Events Calendar

Download as iCal file
Pameran SQUAD25 “Underwater Photography Exhibition”
From Tuesday 03 October 2017 -  08:00am
To Friday 20 October 2017 - 05:00pm
Hits : 1957
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
SquardWater25_UnderwaterPhotography_Exhibition_Poster.jpeg

Pameran SQUAD25 “Underwater Photography Exhibition” ini merupakan anjuran pelajar Tahun 3 Program Seni Halus (Pengkhusuan Fotografi) bersempena kursus GKF2074 Fotografi Dalam Air, dan disertai oleh seramai 25 orang. Istilah “ SQUAD25” merupakan inspirasi dari formasi membuat satu pasukan semasa melakukan selaman, bermula daripada proses latihan sehingga kepada pelaksanaan tugasan dan "SQUAD25" diambil semperna ulang tahun UNIMAS yang ke 25 . Oleh itu, diharapkan agar pameran ini dapat memberikan satu pendedahan dalam menganjurkan program dan juga diharapkan agar ia berjalan dengan jayanya di samping memberi pengetahuan kepada pelajar dalam menganjurkan pameran dan penilaian.

Diharap juga pameran ini akan menjadi pemangkin dalam meningkatkan rekreasi selaman di Malaysia disamping menimba ilmu, melihat, merakam dan memelihara khazanah laut Negara. Hasil lawatan pelajar daripada pameran ini juga dapat memberi peluang kepada mereka untuk memahirkan diri dalam memantapkan kepakaran fotografi agar pelajar lebih yakin akan bidang yang diceburi. Pengalaman yang berguna ini akan meningkatkan daya saing apabila menceburi bidang kerjaya kelak.

 
Attachment(s):
 
 
Demo