Events Calendar
KUCHING, 14 September 2017 : Profesor Dr Chew Keng Sheng, Dr Nariman Singmamae dan Encik Dev Nath Kaushal dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UNIMAS ditemubual oleh DJ Venu dari RedFM RTM Kuching pagi tadi berhubung program ‘ Mass cardiopulmonary resuscitation (CPR) Awareness and Training, pagi tadi.
Program tersebut diadakan secara percuma kepada orang ramai pada 20 September 2017 bermula jam 8 pagi hingga 8 malam bertempat di Dewan Tunku Abdul Rahman (DeTAR) Putra, UNIMAS, Kota Samarahan.
Bersempena dengan sambutan Jubli Perak UNIMAS juga, diharap program ini dapat dimuatkan dalam rekod Malaysia dengan sasaran peserta adalah seramai 8,500 orang untuk diberi tunjuk ajar tentang CPR.
Mereka yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang program CPR boleh menghubungi Dr Nariman di talian 012 263 7118 (email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.) atau Encik Dev di talian010 525 7118 (email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.).
Artikel dan foto : Sarena Haidir