Events Calendar

Download as iCal file
Kejohanan Tenpin Boling Empat Berpasukan Antara Jabatan Kerajaan Dan Berkanun Piala Naib Canselor UNIMAS 2017
From Tuesday 29 August 2017 -  08:00am
To Thursday 31 August 2017 - 05:00pm
Hits : 1435
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Boling Piala NC Antara Jabatan dan Badan Berkanun 2017.jpeg

27 Ogos 2017 : Sebanyak 34 pasukan daripada 23 buah jabatan kerajaan dan badan berkanun telah berentap dalam Kejohanan Pertandingan tenpin boling empat sepasukan antara Jabatan Kerajaan dan Badan Berkanun bagi merebut Piala Naib Canselor 2017 di Riverside Kuching.

Kejohanan tersebut merupakan anjuran UNIMAS Publisher dengan kerjasama Pusat Sukan UNIMAS bersempena dengan penganjuran Persidangan Antarabangsa Penerbitan Buku Borneo dan Pesta Buku Borneo 2017 serta sambutan Jubli Perak 25 tahun UNIMAS.

Medical Team telah menjadi johan dengan jumlah jatuhan pin yang dikumpul sebanyak 2275 sekaligus membawa pulang Piala NC , piala individu dan wang tunai sebanyak RM600.00.

Manakala naib johan disandang oleh UNIMAS HAMMER dengan jatuhan pin sebanyak 2225 dan tempat ketiga JKM A dengan jatuhan pin sebanyak 2156.

Naib johan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM300.00 dan piala individu manakala tempat ketiga dengan hadiah wang tunai sebanyak RM200.00 dan piala individu.

‘High Series’ kategori lelaki disandang oleh Hipni Morni dari Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dengan 608 jatuhan pin dan kategori wanita disandang oleh Iyliana Abdulah dari UNIMAS HAMMER dengan 566 jatuhan pin.

‘High Games’ kategori lelaki pula disandang oleh Sofian Kamsani dari PDRM sebanyak 232 pin dan kategori wanita disandang oleh Nurafidza Mohammad Amran sebanyak 218 pin dari Medical Team.

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor UNIMAS (Penyelidikan dan Inovasi), Profesor Dr Kopli Bujang.

Manakala perasmian telah dilakukan pada sebelah pagi oleh Pengarah UNIMAS Publisher, Profesor Madya Dr Jane Labadin bersama Pengarah Pusat Sukan UNIMAS, Profesor Madya Dr Azhaili Baharun dengan membuat balingan bola boling sebagai simbolik perasmian kejohanan.

 
Attachment(s):
 
 
Demo