Events Calendar

Download as iCal file
Kejohanan boling Piala NC dapat sambutan
Monday 28 August 2017, 08:00am - 05:00pm
Hits : 1705
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
WhatsApp Image 2017-08-28 at 11.04.08.jpeg

WhatsApp Image 2017 08 28 at 11.04.043

WhatsApp Image 2017 08 28 at 11.04.07

KOTA SAMARAHAN, 28 Ogos 2017 : Sebanyak 34 pasukan telah berentap dalam Kejohanan Pertandingan tenpin boling empat sepasukan antara Jabatan Kerajaan dan Badan Berkanun bagi merebut Piala Naib Canselor 2017 di Riverside kelmarin.

Kejohanan tersebut merupakan anjuran UNIMAS Publisher dengan kerjasama Pusat Sukan UNIMAS bersempena dengan penganjuran Persidangan Antarabangsa Penerbitan Buku Borneo dan Pesta Buku Borneo 2017 serta sambutan Jubli Perak 25 tahun UNIMAS.

Medical Team telah mengenepikan 33 pasukan lain dengan jumlah jatuhan pin yang dikumpul sebanyak 2275 sekaligus membawa pulang Piala NC , piala individu dan wang tunai sebanyak RM600.00.

Manakala tempat kedua disandang oleh UNIMAS HAMMER dengan jatuhan pin sebanyak 2225 dan tempat ketiga JKM A dengan jatuhan pin sebanyak 2156.

Tempat kedua membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM300.00 dan piala individu manakala tempat ketiga dengan hadiah wang tunai sebanyak RM200.00 dan piala individu.

Manakala ‘high series’ kategori lelaki disandang oleh Hipni Morni dari Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dengan 608 jatuhan pin dan kategori wanita disandang oleh Iyliana Abdulah dari UNIMAS HAMMER dengan 566 jatuhan pin.

Kategori lelaki untuk ‘high games’ pula disandang oleh Sofian Kamsani dari PDRM sebanyak 232 pin dan wanita disandang oleh Nurafidza Mohammad Amran sebanyak 218 pin dari Medical Team.

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor UNIMAS (Penyelidikan dan Inovasi), Profesor Dr Kopli Bujang petang kelmarin.

Manakala perasmian telah dilakukan pada sebelah pagi kelmarin oleh Pengarah UNIMAS Publisher, Profesor Madya Dr Jane Labadin bersama Pengarah Pusat Sukan UNIMAS, Profesor Madya Dr Azhaili Baharun dengan membuat balingan bola boling sebagai simbolik perasmian kejohanan.

Artikel oleh : Sarena Haidir

Foto oleh : Zaki b. Julaihi

 
Attachment(s):
 
 
Demo