Events Calendar

Download as iCal file
Mandat penting buat UNIMAS, bantu dalam ekonomi digital di Sarawak
Tuesday 15 August 2017, 08:00am - 05:00pm
Hits : 1369
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
soTL2.png

KOTA SAMARAHAN, 15 Ogos 2017 : Naib Canselor, Profesor Dato’ Dr Mohamad Kadim Suaidi berkata UNIMAS diberi mandat penting oleh Kerajaan Negeri dalam membantu menjayakan ekonomi digital di negeri ini.

Beliau berkata, kepercayaan itu membuktikan UNIMAS berperanan besar dalam menyumbang kepada pembangunan negeri sekaligus kepada komuniti secara keseluruhan.

“ Sebagai sebuah Universiti komprehensif, objektif UNIMAS antara lain adalah membantu Kerajaan Negeri membangunkan negeri dan masyarakat supaya seiring dan maju bersama-sama masyarakat di Semenanjung Malaysia,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Simposium Pengajaran dan Pembelajaran (SoTL) di UNIMAS hari ini.

Naib Canselor menambah, bagaimanapun, pencapaian UNIMAS dalam ‘ranking’ atau kedudukan universiti dunia akan terus diperhebatkan.

Katanya, tahun lepas, UNIMAS berada dalam kedudukan ke-250 Universiti Asia terbaik dari 4000 lebih Universiti di rantau Asia.

“ Kedudukan terbaru Universiti Asia akan dikeluarkan pada September ini dan kita berharap kedudukan ini dapat dipertingkatkan tahun ini.

“ Keberadaan UNIMAS yang lebih ketara adalah dalam pembangunan negeri dan pencapaian kita dalam satu-satu ‘ranking’ adalah satu bonus,” katanya lagi.

Artikel oleh : Sarena Haidir

 
Attachment(s):
 
 
Demo