Events Calendar

Download as iCal file
UNIMAS rangkul empat emas di SUKUM
Tuesday 08 August 2017, 08:00am - 05:00pm
Hits : 2297
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
sukum2.jpg

sukum120620797 818432278319633 5962866507855972287 n

KOTA SAMARAHAN, 8 Ogos 2017 : Kontinjen sukan UNIMAS berjaya menduduki tangga ke-lapan apabila merangkul empat pingat emas, dua perak dan sembilan gangsa dalam Kejohanan Sukan Staf Antara Universiti Malaysia (SUKUM) Kali ke-42 di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak, baru-baru ini.

Pingat emas diperolehi dari acara olahraga 100m lelaki (veteran), 400m lelaki (veteran), 4x100m lelaki (veteran) dan acara kayak bagi kategori beregu wanita.

Manakala pingat perak diperolehi dalam acara olahraga 1500m lelaki (veteran) dan 8m lelaki (veteran), acara karom beregu wanita, acara tenpin boling master lelaki, acara kayak bagi kategori beregu lelaki dan individu lelaki.

Bagi pingat gangsa pula diperolehi dari acara olahraga bagi kategori 100m lelaki (senior), 4x100m lelaki (senior), 200m lelaki (veteran), 1500m lelaki (senior) dan 1500 lelaki (veteran).

Turut mendapat pingat gangsa ialah bagi atlit dalam acara tenpin boling untuk kategori ‘foursome’ wanita dan acara kayak bagi kategori beregu campuran.

Kontinjen UNIMAS menghantar 41 orang atlit disertai oleh 13 orang pegawai termasuk ketua kontinjen dalam SUKUM kali ini yang bermula 28 Julai sehingga 5 Ogos lepas.

Artikel oleh : Sarena Haidir

 
Attachment(s):
 
 
Demo