Events Calendar

Download as iCal file
Projek Transformasi Komuniti UNIMAS bersama CIDB Malaysia: Manfaat Besar kepada Sekolah
From Friday 28 July 2017 -  10:00am
To Monday 07 August 2017 - 05:00pm
Hits : 2709
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Covered Walkway SK Suba Buan.png

Acara Memotong Reben SK BuntalLightning Arrestor SK Suba Buan

Kota Samarahan, 27 Julai 2017 : UNIMAS dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) telah mengadakan lawatan verifikasi dan penyerahan (Handover) Projek CSR (Tanggungjawab Sosial Korporat) UNIMAS-CIDB kepada dua buah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Subu Buan, Bau dan Sekolah Kebangsaan Buntal, Kuching.

Lawatan dan penyerahan Projek CSR yang telah siap pada 15 Jun 2017 itu telah dilakukan oleh delegasi CIDB Malaysia seramai tiga orang yang diketuai oleh Puan Noryani Ismail, Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat CIDB bersama-sama Pengarah Bahagian Keterlibatan Industri dan Transformasi Komuniti UNIMAS, Dr. Wan Norizan Wan Hashim dan Pengurus Besar UNIMAS Holdings Sdn. Bhd, Encik Ang Chee Hon.

Antara tetamu yang turut serta dalam lawatan ini ialah Pegawai dari CIDB Malaysia, Puan Nur Hanis Amsari dan Encik Abdul Ghani Darus, dan Ketua-ketua projek di dua buah sekolah berkenaan iaitu Dr. Jecky Misieng dan Encik Ahmad Kamal Abdul Aziz, Ketua Kampung, wakil Pegawai Pendidikan Daerah masing-masing dan guru-guru sekolah.

Projek CSR CIDB Build Brigade merupakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) antara CIDB Malaysia dengan kerjasama Bahagian Keterlibatan Industri dan Transformasi Komuniti UNIMAS di mana SK Suba Buan, Bau dan SK Buntal, Kuching telah diberi peruntukan untuk menaik taraf sistem pendawaian elektrik yang bertujuan mengelakkan berlakunya litar pintas dan pembinaan laluan pejalan kaki berbumbung.

Pembinaan projek yang mengambil masa selama tujuh bulan itu merupakan inisiatif utama dalam memberi kemudahan kepada para pelajar dan guru serta ibubapa.

Turut berlangsung semasa lawatan verifikasi ini ialah penyerahan Sijil CSR Build Brigade kepada Guru Besar sekolah yang terlibat dalam dua majlis berasingan yang diadakan di kedua–dua buah sekolah berkenaan.

 
Attachment(s):
 
 
Demo