Events Calendar
KOTA SAMARAHAN, 16 Julai 2017 : Naib Canselor UNIMAS, Profesor Dato’ Dr Mohamad Kadim Suaidi dan keluarga telah mengadakan rumah terbuka sempena hari raya aidilfitri di kediaman mereka di BDC kelmarin.
Majlis tersebut telah dihadiri oleh tetamu kenamaan, kakitangan UNIMAS, saudara-mara, para kenalan dan jiran tetangga Naib Canselor dan keluarga.
Antara tetamu kenamaan yang meluangkan masa untuk ke majlis rumah terbuka NC ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi Abdul Ghani, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Dr Sim Kui Hian dan Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan , Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.
Majlis rumah terbuka NC dan keluarga, telah diadakan dari jam 12.00 tengahari sehingga 5.00 petang dan turut dimeriahkan dengan kehadiran Saufi Aiman yang turut menghadiahkan kepada tuan rumah dan tetamu dengan muzik-muzik indah dari petikan sape beliau.
Saufi Aiman merupakan bekas graduan UNIMAS dan pemenang empat pingat emas dan satu pingat perak dalam Kejohanan Seni persembahan Dunia ke-21 di California, Amerika Syarikat baru-baru ini.
Artikel oleh : Sarena Haidir
Foto oleh : Azlandy M.A.T