Events Calendar

Download as iCal file
Majlis Ngabang Raya Pejabat Pendaftar UNIMAS raikan persaraan Pendaftar dan Kenaikan Pangkat Kakitangan
Wednesday 05 July 2017, 08:00am - 05:00pm
Hits : 1714
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
ngabang pendaftar1.png

Kota Samarahan, 5 Julai 2017: Setiap kakitangan harus mempunyai sikap kebertanggungjawaban serta integriti yang tinggi bagi memastikan imej sebagai penjawat awam serta universiti sentiasa dipercayai dan disanjungi.

Begitulah yang dinyatakan oleh YBhg Prof Dato’ Dr Mohamad Kadim Suaidi, Naib Canselor Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) sewaktu menyempurnakan Majlis Ngabang Raya anjuran Pejabat Pendaftar UNIMAS di Dewan Kristal, Bangunan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni kelmarin.

Pada majlis yang sama, warga Pejabat Pendaftar turut meraikan persaraan Tuan Haji Abu Bakar Ibrahim, Pendaftar UNIMAS yang bersara.

Tuan Haji Abu Bakar mula berkhidmat di UNIMAS sejak November 1993 dengan memegang pelbagai jenis jawatan sebelum dilantik menjadi Pendaftar UNIMAS pada Julai 2013.

Beliau akan digantikan oleh Encik Henry Tening anak Sengeng sebagai Pendaftar UNIMAS baharu berkuatkuasa 6 Julai 2017.

Selain meyambut Aidilfitri serta Gawai, majlis tersebut turut meraikan kakitangan UNIMAS yang naik pangkat, di mana seramai 43 orang staf pelaksana, 9 akademik dan 5 jawatan pemangkuan terlibat.

Turut hadir memeriahkan majlis adalah YBhg. Dato' Kamel Bin Mohamad, Timbalan Ketua Setiausaha Pengurusan, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, YBhg Datu Dr Hatta Solhi, Pengerusi Lembaga Pengarah UNIMAS, ahli-ahli Lembaga Pengarah Universiti beserta barisan pengurusan tertinggi dan staf-staf di bawah Pejabat Pendaftar UNIMAS.


Artikel oleh : Yulhardy Budiman

Foto oleh : Azlandy M.A.T

 
Attachment(s):
 
 
Demo