Events Calendar
To Saturday 24 June 2017 - 11:00pm
Sumbangan kepada Ibu Tunggal, Warga Tua dan OKU di Kampung Telaga Air
19 Jun 2017 – Syukur alhamdulilah, bagi menghidupkan bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan ini, Pusat Pengajian Siswazah dengan kerjasama Bahagian Dasar dan Integriti dan Bahagian Pembangunan Modal Insan, sekali lagi menjejakkan kaki di Kampung Telaga Air selepas program yang sama dilaksanakan pada Ramadhan tahun lepas.
Seramai 16 orang penerima sumbangan telah dihimpunkan yang terdiri daripada golongan ibu tunggal, warga tua dan OKU. Penyerahan sumbangan berbentuk makanan dan wang tunai dalam majlis yang serba sedarhana ini telah disempurnakan oleh Dekan Pusat Pengajian Siswazah Prof Dr Fasihuddin Badruddin Ahmad. Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu golongan yang memerlukan.