Events Calendar

Download as iCal file
Temuduga Jawatan Akademik UNIMAS mendapat sambutan
Wednesday 14 June 2017, 08:00am - 05:00pm
Hits : 1580
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
akademik2.jpg

akademik1akademik3

akademik4akademik5

akademik6akademik8

akademik7

“ Sambutan mengalakkan... Temuduga untuk jawatan akademik di UNIMAS yang diadakan kelmarin  di hotel Riverside Majestic Kuching mendapat sambutan di luar jangkaan bila mana sebelum pukul 10 pagi lagi, ruang legar tempat temuduga telah dipenuhi oleh para pemohon pekerjaan berkenaan.

Temuduga kelmarin menawarkan jawatan pensyarah universiti dan pensyarah perubatan untuk lapan buah fakulti antaranya Fakulti Kejuruteraan, Fakulti Sains Sosial, Seni Gunaan dan Kreatif, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Fakulti Sains dan Teknologi Sumber, Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia, Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat dan Fakulti Ekonomi dan Perniagaan.

Senario pada hari kelmarin, turut disaksikan sendiri oleh Naib Canselor UNIMAS, Profesor Dato Dr Mohamad Kadim Suaidi yang meluangkan masa meninjau proses temuduga dijalankan selain berkenalan dan memberi semangat serta nasihat kepada para pemohon jawatan akademik di Universiti ini.

Artikel dan foto oleh : Sarena Haidir

 
Attachment(s):
 
 
Demo