Events Calendar

Download as iCal file
IMARAH RAMADHAN, MASNITA PRIHATIN
Monday 12 June 2017, 08:00am - 05:00pm
Hits : 1204
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
1.png

Kota Samarahan, 11 Jun 2017 – Majlis Penyerahan Sumbangan Ramadhan 2017 kepada Madrasah Khairat, Kampung Gita, Kuching telah berlangsung dalam suasana ceria dan mesra.

Majlis menyaksikan penyerahan sumbangan sebanyak RM2,000.00 yang disampaikan oleh YBhg Datin Kartini Ahmad, YDP Persatuan Wanita Universiti Malaysia Sarawak (MASNITA) kepada Ustaz Syed Mohamad B Syed Alwi untuk kegunaan harian para pelajarnya. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah YBhg Prof Dato’ Dr Mohamad Kadim bin Suadi, Naib Canselor UNIMAS serta diiringi oleh beberapa AJK MASNITA yang lain.

Majlis turut diserikan dengan persembahan Qasidah daripada pelatih di Madrasah Khairat, Kpg Gita. Penyampaian Sumbangan Ramadhan ini merupakan salah satu aktiviti MASNITA sempena menyambut ulang tahun UNIMAS yang ke-25.

 
Attachment(s):
 
 
Demo