Events Calendar

Download as iCal file
IMARAH RAMADHAN, MASNITA PRIHATIN
Monday 12 June 2017, 08:00am - 05:00pm
Hits : 1375
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
MASNITA_56_20170610_TYCO3804.jpg

Kota Samarahan, 10 Jun 2017 – Pada Ramadhan 2017, seramai 28 orang anak-anak yatim dan kelainan upaya dari sekitar Samarahan telah diperuntukan sebanyak RM3,000.00 oleh Persatuan Wanita Universiti Malaysia Sarawak (MASNITA) untuk keperluan membeli pakaian sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tiba.

Menemani dan melayani mereka ialah YBhg Datin Kartini Ahmad, YDP MASNITA dan YBhg Prof Dato’ Dr Mohamad Kadim bin Suadi, Naib Canselor UNIMAS serta diiringi oleh AJK MASNITA lain.

Terlihat keceriaan pada wajah anak-anak yatim dan kelainan upaya ini apabila dibawa memilih dan membeli pakaian raya di Summer Mall Samarahan.

Penyampaian Sumbangan Ramadhan ini merupakan salah satu aktiviti MASNITA sempena 25 tahun UNIMAS.  Program ini juga adalah sebagai tanda keprihatinan persatuan wanita ini terhadap mereka yang kurang bernasib baik dengan harapan kewujudan MASNITA khususnya dan UNIMAS khasnya dapat dirasai oleh masyarakat setempat.

 
Attachment(s):
 
 
Demo