Events Calendar

Download as iCal file
Empat pasangan kembar jadi keluarga baharu UNIMAS
Monday 05 June 2017, 08:00am - 05:00pm
Hits : 9115
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
MIP pix5.jpg

MIP pix3MIP pix2MIP pix1

 

KOTA SAMARAHAN, 5 Jun 2017 : Empat pasangan kembar antara ‘ keluarga baharu’ UNIMAS apabila melafazkan ikrar pelajar bersama-sama 722 pelajar baharu lain bertempat di DeTAR PUTRA UNIMAS, kelmarin.

Empat pasangan kembar tersebut ialah Muhammad Iman bin Muhammad Izzam bersama adiknya, Muhammad Aiman dari Selangor manakala pasangan kembar kedua iaitu Mohamad Amir Hiqman bin Bastari bersama Mohammad Amir Irman dari Kampung Tambirat.

Pasangan kembar ketiga iaitu Abby Lian anak Hendrick bersama adiknya Ally Dian dari Kuching manakala pasangan kembar terakhir, Azlan Haziq bin Amirool bersama adiknya, Anissa Haziqah dari Demak Laut.

Dalam temubual ringkas bersama empat pasangan kembar tersebut, mereka menyatakan rasa bersyukur kerana mendapat tempat untuk melanjutkan pelajaran di Pra-Universiti UNIMAS untuk kemasukan kali ini.

Masing-masing mengakui kemasukan ke Universiti bersama kembar mereka adalah satu keberuntungan dan antara harapan serta doa ibubapa masing-masing.

Jelas mereka, selain boleh mempelajari suasana dan pengalaman baharu di Universiti kelak, mereka boleh menjaga kembar masing-masing dengan baik.

Sementara itu, majlis ikrar pelajar baharu Pra Universiti UNIMAS sesi 2017/2018 kelmarin disaksikan oleh Naib Canselor, Profesor Dato’ Dr Mohamad Kadim Suaidi bersama-sama para Timbalan-timbalan Naib Canselor UNIMAS, Dekan-dekan fakulti UNIMAS, Pengarah-pengarah Bahagian dan kakitangan UNIMAS.

 

Artikel oleh : Sarena Haidir

Foto oleh : Azlandy M.A.T

 
Attachment(s):
 
 
Demo