Events Calendar

Download as iCal file
Buku Ilmiah Pupuk Jalinan Kesarjanaan Universiti Malaysia Sarawak dan Universiti Awam di Republik Indonesia
Friday 05 May 2017
Hits : 1917
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
34460726675_c754ae3d03_z.jpg

buku 7 20170505 TYCO1388

KUCHING, 5 Mei 2017: UNIMAS Publisher dan Fakulti Sains Sosial (FSS), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) telah mengadakan kunjungan hormat ke Konsulat Jenderal Republik Indonesia (KJRI) hari ini.

Delegasi UNIMAS Publisher yang diwakili oleh pensyarah kanan di Jabatan Antropologi dan Sosiologi, FSS, Dr. Elena Gregoria Chai Chin Fern dan pegawai di UNIMAS Publisher, Puan Sabrina Mahili disambut oleh Konsul General Republik Indonesia Drs. Jahar Gultom dan Konsul Muda Cik Ringgi Perdini.

Tujuan utama kunjungan ini adalah penyerahan rasmi buku karya asli Dr. Elena Gregoria Chai Chin Fern bertajuk, “Of Temple and Tatung Tradition in Singkawang” terbitan UNIMAS Publisher.

Buku tersebut merupakan hasil penyelidikan  selama lapan bulan bersama Beijing University of Foreign Studies di bawah tajaan program “One Belt, One Road” kerajaan China.

Ia memaparkan adat tradisi budaya Cina melalui tokong dan upacara serta perarakan beratusan tatung ataupun spirit mediums yang diadakan sekali setahun iaitu hari ke-15 Tahun Baru Cina atau dikenali sebagai Cap Go Meh di Singkawang, Kalimantan Barat, Indonesia.

Bilangan pengunjung telah pun mencecah 100,000 orang setiap tahun semenjak pengiktirafan upacara ini sebagai ‘national tourism event of Indonesia’.

Buku pertama seumpamanya diterbitkan di rantau Borneo ini dan sedang diterjemahkan ke Bahasa Cina oleh pihak Beijing University of Foreign Studies manakala penterjemahan ke dalam Bahasa Indonesia pula dilaksanakan oleh mantan walikota Singkawang, Dr Hasan Karman dan dijangka terbit pada tahun ini.

Menurut Dr. Elena Gregoria Chai Chin Fern, kunjungan hormat dan upacara penyerahan buku kepada pihak KJRI membuktikan hubungan kesarjanaan antara UNIMAS dan universiti awam di republik berkenaan.

Katanya, buku tersebut boleh didapati dengan menghubungi UNIMAS Publisher.

Bersempena dengan kunjungan hormat ini juga wakil UNIMAS Publisher, Puan Sabrina Mahili mengambil kesempatan menguar-uarkan penganjuran International Conference on Borneo Books Publishing & Borneo Book Fair pada 11-13 Oktober 2017.

Persidangan anjuran bersama Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM) dan Dewan Bahasa dan Pustaka, DBP ini bakal mengumpulkan pengamal industri buku sekitar kepulauan Borneo terutamanya Indonesia dan Brunei. Mengangkat tema, “Contesting and Advancing Knowledge in Borneo Academic Publishing”, persidangan tersebut mensasarkan kehadiran 500 peserta dari seluruh negara dan antarabangsa.

Beliau turut merakamkan penghargaan atas kerjasama yang diberikan oleh pihak KJRI di Kuching selaras dengan usaha kedua-dua negara dalam memartabatkan penerbitan ilmiah.

Beliau berkata, kunjungan hormat serta upacara penyerahan buku ini juga sebagai landasan untuk memperkenalkan jenama UNIMAS di republik berkenaan.

 

Oleh : Sarena H

Foto : Azlandy M.A.T

 
Attachment(s):
 
 
Demo