Events Calendar

Download as iCal file
Majlis Penerangan Memahami Dasar Ekonomi Negara di UNIMAS
Thursday 04 May 2017
Hits : 1740
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
dasar_8_20170504_TYCO1223.jpg

KOTA SAMARAHAN, 4 Mei 2017: Siri Jelajah Kementerian Kewangan Malaysia melalui Majlis Penerangan "Memahami Dasar Ekonomi Negara" telah memilih Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) sebagai destinasi seterusnya dalam usaha kerajaan memastikan rakyat terutamanya di kalangan penjawat awam serta para pelajar universiti mendapat maklumat yang tepat berkenaan inisiatif dan polisi ekonomi yang dilaksanakan sekarang.

Sesi penerangan tersebut, yang disampaikan oleh YBhg. Dato’ Lokman Noor bin Adam, selaku Pengarah Komunikasi di Kementerian Kewangan Malaysia, mengupas isu-isu berkaitan seperti langkah-langkah di sebalik rasionalisasi subsidi, isu-isu ekonomi negara, penetapan harga petrol, BR1M serta Pelaburan Langsung Asing (FDI).

Beliau berharap, melalui sesi penerangan ini, para penjawat awam dan juga pelajar akan dapat memahami dan seterusnya menjadi jurucakap kepada Kerajaan terutamanya berkaitan isu-isu semasa dan tidak keliru serta terpedaya dengan informasi yang telah diputar belit oleh pihak tidak bertanggungjawab.

YBhg. Dato’ Lokman Noor turut meluangkan masa di penghujung sesi untuk menjawab soalan-soalan daripada para pelajar UNIMAS yang berkisar kepada isu-isu ekonomi semasa dan juga hal-hal berkaitan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Secara amnya, beliau amat berpuas hati dengan respon yang diberikan oleh para hadirin terutamanya para pelajar UNIMAS melalui soalan-soalan yang diberikan dan berharap sebarang kekeliruan serta keraguan mengenai keputusan Kerajaan dalam melaksanakan polisi ekonomi telah diatasi.

Majlis penerangan ini diadakan di Arena Gemilang, DeTAR PUTRA, UNIMAS dan dihadiri YBhg Prof Dato’ Dr Mohamad Kadim Suaidi. Naib Canselor UNIMAS serta staf dan pelajar UNIMAS.

 

Artikel : Yulhardy Budiman

Foto : Azlandy M.A.T

 
Attachment(s):
 
 
Demo