Events Calendar

Download as iCal file
Minggu Teknologi Maklumat 2023 (IT Week 2023) Dapat Sambutan Hangat
Tuesday 20 June 2023, 08:00am - 05:00pm
Hits : 988
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
ITWeekfcsit23

By Unit Penjenamaan, FSKTM

KOTA SAMARAHAN - Program bersempena Minggu Teknologi Maklumat 2023 (IT Week 2023), Pameran Kerjaya dan Alumni telah dianjurkan oleh Persatuan Teknologi Maklumat (PERTEKMA), Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM). Program ini berjaya mendapat sambutan hangat dalam kalangan peserta.

Acara ini bertujuan meningkatkan kesedaran dan penglibatan dalam bidang IT di kalangan warga universiti dan komuniti sekitar. Di samping mengetengah teknologi digital terkini, acara ini turut menyelitkan aktiviti riadah dan sosial. Ia merangkumi minggu kerjaya selain aktiviti bersama pelajar sekolah rendah dan menengah.

Tirai IT Week 2023 dimulakan dengan acara Larian Bom Air yang melibatkan 46 orang peserta. Mereka kelihatan bersemangat dari mula garisan ke penamat walaupun kepenatan.

Acara ini turut disertai oleh Dekan FSKTM, Prof. Madya Dr Kartinah Zen, Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, FSKTM, Dr. Yanti Rosmunie Bujang, bersama-sama para pensyarah.

Selain itu, sambutan meriah oleh para peminat pertandingan Mobile Legend dan Volarant e-Sports dapat dilihat melalui pertandingan sengit yang diadakan di Multipurpose Hall, Student Pavilion, UNIMAS dan Gizmo Arena OneTJ, Level 2 - GOLD iCAFE Kuching. 

Kumpulan Big Black Clock, UES Newbies dan Nameless masing-masing berjaya memenangi tempat pertama hingga ketiga dalam pertandingan Mobile Legend. 

Dalam pada itu, IT Week 2023 turut mengadakan pameran dan ceramah kerjaya. Slot ini bermatlamat membantu para pelajar merangka masa depan mereka dalam industri digital. Pada akhir program, Dr. Yanti Rosmunie Bujang menyerahkan sijil penghargaan kepada penceramah jemputan.

Pada 10 dan 11 Jun 2023, aktiviti bersama pelajar Maahad Tahfiz Abdul Rahman Ya’kub (MATTARY) dan SMK Penrissen No.1 terlibat dalam acara mencari harta karun. Pelajar SMK Penrissen No.1 pula mengunjungi Makerspace dan Gamefication Lab. Mereka dibawa meneroka teknologi digital untuk meningkatkan pengetahuan.

Secara keseluruhannya, IT Week 2023 berjaya memberikan kesan mendalam kepada peserta dan pengunjung. Program anjuran FSKTM ini meneruskan tradisi kecemerlangannya dalam usaha mendekatkan komuniti kepada teknologi digital terkini.

 
Attachment(s):
 
 
Demo