Events Calendar

Download as iCal file
Lawatan Kerja UTeM ke CITDS
Wednesday 20 December 2017, 08:00am
Hits : 1923
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Pusat Pembangunan Dan Khidmat Teknologi Maklumat (CITDS), UNIMAS telah menerima kunjungan dan lawatan kerja daripada Pusat Perkhidmatan Pengetahuan dan Komunikasi, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) pada 27 November 2017. Seramai empat (4) orang kakitangan yang terlibat dalam lawatan ini terdiri daripada Pengarah, Timbalan Pengarah dan pegawai-pegawai Pusat Perkhidmatan Pengetahuan dan Komunikasi, UTeM.

Lawatan kerja ini adalah bertujuan untuk perkongsian ilmu dan kepakaran CITDS UNIMAS dalam aspek seperti berikut:

1. Tadbir Urus ICT

2. Kaedah Pembangunan Sistem Yang diamalkan di UNIMAS

     3. Pembangunan ID Digital khususnya Penggunaan QR Code dan Sistem Kehadiran Pelajar menggunakan QR Code

4. Pembangunan Mobile Apps UNIMAS

Lawatan kerja ini telah dipengerusikan oleh Encik Harun Maksom, Pengarah CTDS. Beliau turut diiringi oleh pegawai-pegawai CITDS yang membentangkan mengenai aspek keperluan lawatan tersebut. Pihak UTeM turut mengambil kesempatan di lawatan kerja ini berkongsi pengalaman pembangunan sistem di UTeM.

CITDS berharap agar objektif lawatan kerja ini tercapai dan pihak UTeM berpuas hati dengan sesi pembentangan dan perkongsian pengalaman yang memenuhi objektif lawatan kerja ini. Pn. Norhazlena bt. Sabu yang mewakili pihak Pusat Perkhidmatan Pengetahuan dan Komunikasi (PPPK, UTeM) mengucapkan terima kasih kepada CITDS kerana sudi menerima kunjungan mereka. Lawatan kerja ini telah diakhiri dengan sesi penyampaian cenderahati.

 
Attachment(s):
 
 
Demo