Events Calendar

Download as iCal file
MAJLIS ALUAN BERSAMA PELAJAR BAHARU PROGRAM SISWAZAH
From Monday 11 September 2017 -  08:00am
To Sunday 31 December 2017 - 05:00pm
Hits : 267
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
IMG_1289.JPG

10 September 2017 – Majlis Aluan Pelajar Baharu Program Siswazah Semester 1 Sesi 2017/2018 telah diadakan di Pusat Islam Tun Ahmad Salahuddin UNIMAS. Program ini telah dihadiri oleh lebih kurang 200 orang pelajar baharu.

Seramai 193 orang pelajar tempatan dan 7 orang pelajar antarabangsa telah mendaftar bagi pengambilan kali ini yang terdiri dari negara Bangladesh, Iran, Nigeria dan United Kingdom. Jumlah ini dijangka akan meningkat apabila selesai tempoh pendaftaran pada 23 September 2017.

Majlis Aluan ini telah dirasmikan oleh Prof Dr Fasihuddin bin Badruddin Ahmad Dekan Pusat Pengajian Siswazah yang seterusnya membentangkan taklimat berkenaan Peraturan Akademik bagi pelajar siswazah. Beberapa penceramah jemputan dari Unit Undang-Undang, Pusat Pembangunan dan Khidmat Teknologi Maklumat dan Bahagian Keselamatan UNIMAS juga turut menyampaikan ceramah dan maklumat penting kepada pelajar baharu sebagai panduan mereka semasa mengikuti pengajian di UNIMAS.

Kebanyakan pelajar yang ditemui merasa amat berbangga dan berterima kasih kerana dipilih sebagai pelajar UNIMAS. Mereka bertekad untuk melengkapkan pengajian dalam tempoh yang ditetapkan oleh universiti.

Program yang telah diadakan pada jam 9.00 pagi sehingga jam 12.00 tengahari diharap telah dapat meningkatkan kefahaman di kalangan pelajar mengenai peraturan akademik dan peraturan semasa di Kampus UNIMAS.

 

IMG 1266

 

IMG 1289

IMG 1295

 

 
Attachment(s):
 
 

Back

Demo