Events Calendar

Download as iCal file
Jom Sihat Bersama Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UNIMAS
Wednesday 04 October 2023
Hits : 1247
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
FPSK team.jpeg
Satu aktiviti bertajuk "Jom Sihat Bersama Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UNIMAS" yang diketuai oleh Puan Anna Andrew telah berlangsung pada 3hb Oktober di Sekolah Kebangsaan Jalan Muara Tuang, Kota Samarahan. Aktiviti ini merupakan salah satu program University Social Responsibility (USR) anjuran UNIMAS yang dilaksanakan oleh sekumpulan warga FPSK yang terdiri daripada 8 orang staf akademik dan 12 orang pelajar dari program Perubatan dan Kejururawatan. Aktiviti ini telah disertai oleh 84 orang murid dari sekolah tersebut dan diiringi oleh 4 orang guru. 
Tujuan aktiviti ini adalah untuk meningkatkan ilmu pengetahuan mengenai penjagaan kesihatan di kalangan murid-murid seiring dengan Program Meniti Alam Remaja yang diadakan oleh pihak sekolah. Ceramah bertajuk Penyakit Berjangkit, Gadis dan Haid serta Gizi Seimbang telah disampaikan oleh Dr Arlizan Baizura binti Ariffin, Puan Amelia Mohamad dan Puan Azylina anak Gunggu.  Dengan kerjasama pihak Public Medicare Group (PMG), beberapa aktiviti interaktif seperti 'Hand washing', 'How-to put-on sanitary pad', demonstrasi sistem reproduktif, 'Jom Exercise', dan puzzle makanan sihat juga telah diadakan.
 
Terima kasih kepada pihak sekolah dan murid-murid yang ceria sepanjang program dijalankan. Diharapkan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan berilmiah seperti ini dapat mengukuhkan ukhwah antara UNIMAS dan masyarakat setempat, di samping berkongsi ilmu perubatan untuk kemaslahatan sejagat. 
 
IMG 7046
IMG 7008
IMG 7106
IMG 6967
IMG 7185
 
Attachment(s):
 
 
Demo