Events Calendar

Download as iCal file
Program Latihan Seribu Nyadi Satu (Service Learning), Lubok Antu anjuran MSc.HRD Kohort Februari 2017
From Monday 28 May 2018 -  08:00am
To Friday 08 June 2018 - 05:00pm
Hits : 1470
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia

Program Latihan Seribu Nyadi Satu (Service Learning), Lubok Antu

anjuran MSc.HRD Kohort Februari 2017

Msc HRD lubokAntu

Msc HRD lubokAntu2

Lubok Antu Sri Aman, Sarawak: 26-27 April 2018

Sekumpulan pelajar program Sarjana Sains (Pembangunan Sumber Manusia), Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia (FSKPM) dengan kerjasama Aiman Planet Borneo of Companies telah menganjurkan program latihan Seribu Nyadi Satu kepada staf dan kakitangan Aiman Batang Ai Resort & Retreat (ABARR) pada 26-27 April yang lepas bertempat di Lubok Antu, Sri Aman. Program latihan selama dua (2) hari ini yang merupakan aktiviti bersifat service learning adalah merupakan salah satu keperluan kursus KMS6033 Design of Training Program yang perlu dipenuhi oleh setiap pelajar program Sarjana Sains (Pembangunan Sumber Manusia) untuk bergraduat.

Encik Helmi Sumilan dan Cik Victoria Jonathan daripada Program Pembangunan Sumber Manusia, Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia (FSKPM) yang juga merupakan pensyarah kursus KMS6033 sekaligus merangkap penasihat program latihan berkenaan turut hadir bagi memantau perjalanan program. Objektif utama program latihan Seribu Nyadi Satu berkenaan adalah untuk meningkatkan kemahiran komunikasi di dalam organisasi serta memupuk semangat kerja berpasukan di kalangan staf dan kakitangan operasi Aiman Batang Ai Resort & Retreat (ABARR). Pelbagai modul telah dirangka dan dilaksanakan sepanjang dua hari program berkenaan diadakan termasuklah ice-breaking, pengucapan awam, pembentangan serta aktiviti-aktiviti team-building. Turut hadir semasa majlis penutupan program adalah Ketua Bahagian Operasi Aiman Planet Borneo of Companies Encik Edward Minggat Gena.

 
Attachment(s):
 
 
Demo