Events Calendar

Download as iCal file
NOTIS PELAKSANAAN PEMBELAJARAN ATAS TALIAN
Monday 04 May 2020
Hits : 3157
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
hebahan Notis pelaksanaan PdP atas talian page 1.jpeg

PELAKSANAAN PEMBELAJARAN ATAS TALIAN BAGI BAKI SEMESTER 2 SESI 2019/2020 DAN SEMESTER 1 SESI 2020/2021

 

Hebahan ini bertujuan untuk memaklumkan kepada seluruh warga pelajar Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) berhubung keputusan Mesyuarat Senat (Khas) UNIMAS Bil. 3/2020 bertarikh 29 April 2020 yang telah meluluskan ketetapan berkenaan:

Selaras dengan keperluan semasa Perintah Kawalan Pergerakan berikutan pandemik COVID-19, pihak Kementerian Pengajian Tinggi telah menekankan agar UA dan IPTS tidak tergesa-gesa mengambil keputusan memulakan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara bersemuka dengan memanggil pelajar kembali ke kampus sehingga Kerajaan memutuskan dan memberi kebenaran untuk berbuat demikian. Ini adalah selaras dengan arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk sentiasa memastikan keselamatan semua pihak terjaga. Perkara ini sangat penting kerana pergerakan pelajar kembali ke kampus boleh meningkatkan risiko jangkitan COVID-19 serta berkemungkinan mencetus kluster baharu di kalangan warga IPT.

IPT adalah digalakkan untuk mengambil inisiatif dalam memberikan alternatif kepada pengendalian PdP secara bersemuka agar dapat disesuaikan semasa dan pasca PKP. Kaedah PdP secara dalam talian akan menjadi norma baharu bagi memastikan keberlangsungan pembelajaran untuk tempoh yang panjang, bukan hanya sepanjang PKP tetapi pasca PKP, sehingga Kerajaan memaklumkan adalah sesuai untuk UA dan IPTS menyambung semula PdP secara bersemuka.

Justeru itu, mulai baki Semester 2 sesi 2019/2020 sehingga Semester 1 sesi 2020/2021 semua pembelajaran di Universiti Malaysia Sarawak akan dijalankan secara atas talian. Bahan-bahan pengajaran dan nota kuliah akan disediakan di dalam pelbagai bentuk medium pengajaran yang boleh diakses melalui eLeap atau Whatsapps atau Webex atau Zoom bergantung kepada tenaga pengajar setiap kursus/program. UNIMAS akan memastikan semua pelajar akan dapat akses kepada semua bahan dan sesi pengajaran dan dapat meneruskan pengajian seperti mana yang telah ditetapkan.

Dilampirkan bersama ini Kalendar Akademik Semester 2 sesi 2019/2020 dan Kalendar Akademik sesi 2020/2021 untuk rujukan pelajar.

Sekian, terima kasih.

‘NURTURING FUTURES GRADUATES’

 

Profesor Dr Ahmad Hata bin Rasit

Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa)

 

 

 
Attachment(s):
 
 
Demo