Events Calendar

Download as iCal file
PROJEK SULAM ANTARABANGSA DALAM TALIAN BUKAN PENGHALANG KOLABORASI ANTARA DUA NEGARA
Saturday 07 January 2023, 08:00am - 05:00pm
Hits : 2532
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

PROJEK SULAM ANTARABANGSA DALAM TALIAN BUKAN PENGHALANG KOLABORASI ANTARA DUA NEGARA

Oleh Noorhaslina Senin

1

Sesi Pembentangan Akhir Projek eSULAM Antarabangsa antara FSGK,UNIMAS dengan pihak Universitas Udayana (UNUD) dan Desa Adat Kelan, Bali Indonesia.

9 Januari 2023 – Projek eSULAM Antarabangsa dilaksanakan buat pertama kalinya di bawah di bawah Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif (FSGK), UNIMAS. Ia merupakan kolaborasi antara Program Teknologi Seni Reka (FSGK,UNIMAS) , Program Studi Arsitektur, Fakultas Teknik, Universitas Udayana (UNUD) dan Desa Adat Kelan, Bali, Indonesia.

Projek eSULAM antarabangsa turut disokong oleh Pusat Kelestarian Universiti (USC, UNIMAS) dan UNIMAS Global (UG) dan ia merupakan salah satu inisiatif pengantarabangsaan universiti melalui khidmat komuniti. eSULAM ialah kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P) berasaskan SULAM (Service Learning Malaysia) yang dijalankan secara dalam talian dan untuk projek ini hanya aspek khidmat komuniti sahaja dijalankan secara atas talian.

13 orang mahasiswa UNIMAS, 10 mahasiswa UNUD, 1 pensyarah UNIMAS, 1 pensyarah UNUD dan 1 wakil komuniti Adat Kelan telah bekerjasama dalam tempoh empat bulan untuk projek mempromosikan Desa Adat Kelan sebagai kawasan pelacongan.

Tidak pernah menjejakkan kaki ke Bali dan Desa Adat Kelan merupakan cabaran utama bagi mahasiswa UNIMAS. Namun, mereka mendapat bimbingan daripada mahasiswa yang pernah terlibat dengan program Mobiliti UNIMAS dan Penyelaras SULAM, Cik Noorhaslina Senin yang pernah berkerjasama dengan Komuniti di Desa Adat Kelan beberapa bulan yang lalu. Pelajar juga dibantu oleh mahasiswa dan pensyarah UNUD dalam penghasilan video promosi yang dihasilkan.

Hasil kerjasama pelbagai pihak ini ialah 3 video promosi untuk Desa Adat Kelan yang merangkumi profil Desa, aktiviti Pantai Kelan dan kulinari di Pantai Kelan. Pelajar turut menghasilkan kandungan kreatif lain untuk media sosial khas bagi mempromosikan Desa Adat Kelan. Selain itu pelajar juga diberi tugasan untuk mengenalpasti isu di Desa Adat Kelan dan memberi cadangan penambahbaikan melalui penghasilan Key Plan Report bersama pelajar UNUD. Melalui projek ini, pelajar dapat mengenali Desa Adat Kelan secara tidak langsung.

2 min

Antara strategi promosi yang dicadangkan oleh pihak pelajar kepada pihak komuniti Desa Adat Kelan.

Menurut Penyelaras Projek eSULAM, Cik Noorhaslina Senin “Idea untuk kolaborasi ini tercetus sebaik sahaja saya pulang dari program mobiliti di Desa Adat Kelan. Memandangkan pihak komuniti memang berhasrat untuk mempromosikan desa mereka, maka saya lanjutkan kerjasama ini ke dalam projek eSULAM dan saya sangat gembira kerana projek ini mendapat kerjasama dari pelbagai pihak dan mereka amat berpuas hati dengan hasil akhir projek ini”. Ia turut disokong oleh wakil pelajar Chelsea Sipail “Walaupun kami tidak pernah ke Bali, tetapi dengan bantuan dan bimbingan rakan-rakan mahasiswa UNUD, Pak Widya dan Pak Budi kami berjaya menyiapkan projek ini dan saya harap agar Desa Adat Kelan akan lebih dikenali lepas ni.”

Pada masa yang sama Pensyarah UNUD, I Nyoman Widya Paramadhyaksa atau lebih mesra dengan panggilan Pak Widya turut berkongsi pendapat berhubung kolaborasi ini, “Ini kali pertama pihak kami melaksanakan kolaborasi untuk projek SULAM dan saya senang sekali dengan hasilnya projek ini. Saya berharap agar kolaborasi ini dapat dilanjutkan dimasa hadapan.” Sementara itu wakil komuniti Desa Adat Kelan I Nyoman Budiasa atau Pak Budi berpendapat, “3 video yang ditampilkan itu luar biasa kerana ia mampu menggambarkan apa yang ada di Desa Adat Kelan dan terima kasih kerana telah membantu mengenalpasti potensi dan mempromosi Desa Adat Kelan”

 
Attachment(s):
 
 
Demo