Events Calendar

Download as iCal file
KRIS Edisi Ke-4 di Kapit Dapat Sambutan Mengalakkan
Tuesday 02 August 2022, 08:00am - 05:00pm
Hits : 1375
 
by
Kris1.jpg

kris2.jpgkris3.jpgkris13.jpgkris14.jpg52253171238_25bfde064d_o.jpgkris7.jpgkris11.jpgkris4.jpgkris8.jpgkris15.jpgkris5.jpgkris18.jpgkris17.jpgkris16.jpgkris9.jpg

Perjalanan merentasi udara, darat dan sungai menuju ke Rumah Panjang Kenyalang, Nanga Sengkeranji, Kapit, sejauh lebih kurang 570 kilometer dari Kuching, tidak mematahkan semangat lebih 42 sukarelawan dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) untuk memberi perkhidmatan pemeriksaan kesihatan sempena siri ke-empat Program KPT Prihatin Komuniti Sejahtera (KRIS).

Program KRIS tersebut yang diadakan pada 29 hingga 31 Julai lepas telah mendapat sambutan yang mengalakkan bukan sahaja dari penghuni di Rumah Panjang Kenyalang, Nanga Sengkeranji, tetapi juga penghuni di tiga belas rumah panjang lain yang terdapat di sekitar Sungai Menuan, Kapit.

Rata-rata penduduk yang hadir mendapatkan pemeriksaan kesihatan percuma telah meluahkan rasa bangga dan terima kasih dengan pihak UNIMAS atas kerjasama dan bantuan yang diberikan.

Sepanjang program, pelbagai aktiviti pemeriksaan kesihatan antaranya pemeriksaan tekanan darah dan kencing manis, konsultasi kesihatan, preskripsi ubat-ubatan percuma, pemeriksaan mata, tekak dan telinga, pemberian cermin mata percuma, pameran kesihatan interaktif, bicara kesihatan minda, penyerahan bakul makanan dan barangan klinikal seperti tongkat, lampin pakai buang, kerusi roda dan sebagainya kepada orang kurang upaya dan orang-orang tua yang memerlukan.

Program KRIS di Rumah Panjang Kenyalang tersebut telah disempurnakan perasmiannya oleh Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang dan Adat Bumiputera) merangkap ADUN N.63 Bukit Goram, Tuan Jefferson Jamit Anak Unyat dan disaksikan bersama oleh Naib Canselor UNIMAS, Profesor Datuk Dr. Mohamad Kadim Bin Suaidi dan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Profesor Dr. Ahmad Hata bin Rasit dan Pengarah Hospital Pengajar dan Pusat Perubatan UNIMAS merangkap Pengarah Program, Profesor Madya Dr. Ehfa Bujang Safawi.

Hospital Pengajar UNIMAS antara lima hospital pengajar di Malaysia yang dipilih untuk mengelolakan program KRIS yang bertujuan untuk memupuk jalinan kerjasama dan muhibah sekaligus melakukan pemeriksaan kesihatan percuma kepada masyarakat di luar bandar yang terpilih.

 
Attachment(s):
 
 
Demo