Events Calendar

Download as iCal file
PROGRAM USR FSKPM-PEJABAT DAERAH PUSA “KELESTARIAN KESIHATAN MENTAL KOMUNITI LUAR BANDAR”
Saturday 23 July 2022
Hits : 3172
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Pusa, Betong, 23 Julai 2022 - Program University Social Responsibility (USR) yang diketuai oleh Dr Wan Norizan Wan Hashim dan Pn Ross Azura Zahit selaku penceramah jemputan bersama 25 orang pelajar Tahun Tiga dari Program Psikologi, Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia (FSKPM), UNIMAS telah dilaksanakan pada 23 Julai 2022 di Dewan Masyarakat Kampung Kalok, Pusa, Sarawak.

Inisiatif dan usaha yang bertemakan “Kelestarian Kesihatan Mental Komuniti Luar Bandar” ini adalah bertujuan untuk menyumbang khidmat kepada komuniti luar bandar dengan memberi pendedahan dan pemahaman realiti terhadap kesihatan mental dari
aspek definisi, tanda-tanda awal masalah kesihatan mental, impak dan solusi asas menangani sekiranya wujud masalah kesihatan mental. Antara aktiviti yang dilaksanakan sepanjang program ini adalah saringan kesihatan mental, ceramah kesedaran, dan senaman ringan. Pengisian program ini adalah susulan daripada laporan Persatuan Kesihatan Mental Sarawak (MHAS) pada tahun 2022 yang mendedahkan bahawa masalah kesihatan mental di kalangan masyarakat Sarawak agak membimbangkan dan pelbagai pihak diseru termasuklah ibu bapa, guru-guru dan masyarakat untuk memainkan peranan bagi membendung masalah tersebut.

Seramai 90 orang peserta telah menghadiri program ini yang terdiri daripada PEMANCA, ketua-ketua kaum, ketua-ketua masyarakat, wakil-wakil persatuan seperti PEWARE (Persatuan Warga Emas) dan PWS (Persatuan Wanita Sarawak), wakil-wakil PIBG di sekitar Pusa, dan badan-badan bukan kerajaan (NGO). Selari dengan Matlamat Pembangunan Lestari-3 (SGD-3) yang memfokuskan kepada Kesihatan dan
Kesejahteraan (Good Health and Well Being), program yang turut mendapat kerjasama dari pihak Pejabat Daerah Pusa dan Pejabat Residen Betong ini telah berjaya memperkasakan komuniti serta memupuk budaya lestari dalam kesejahteraan kesihatan mental masyarakat setempat.

Program libat sama pihak komuniti ini bukan sahaja dapat berkongsi ilmu dan kemahiran dari pelajar FSKPM, malah ia dapat mengenengahkan fungsi penting UNIMAS dalam menawarkan kepakaran ahli akademik UNIMAS bagi memupuk kesedaran tentang peri
pentingnya kesihatan mental bersama komuniti setempat. Program ini juga diharapkan dapat memberi sumbangan yang bermanfaat di samping mengukuhkan lagi hubungan dua hala antara universiti dan komuniti sekitarnya.

PHOTO 01 min

PHOTO 02 min

PHOTO 04

PHOTO 06 min

PHOTO 09 min

PHOTO 13 min

 
Attachment(s):
 
 
Demo