Events Calendar

Download as iCal file
Aidiladha bersama petugas, penerima vaksin PPV IPT UNIMAS
Tuesday 20 July 2021, 08:00am - 05:00pm
Hits : 1691
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
51322893272_37bb8818bb_c.jpg

Pusat Pemberian Vaksin Institusi Pengajian Tinggi (PPV IPT) UNIMAS beroperasi seperti biasa meskipun hari ini merupakan cuti umum Hari Raya Aidiladha demi mencapai sasaran imuniti kelompok dengan kadar segera.

Para petugas barisan hadapan dan para sukarelawan di PPV IPT UNIMAS tetap menjalankan tanggungjawab dan tugas mereka seperti biasa pada hari ini.

Para petugas lelaki kelihatan segak berbaju Melayu manakala petugas wanita pula anggun berbaju kurung meskipun hakikatnya masing-masing menyambut Aidiladha di pusat pemberian vaksin.

Orang ramai yang mempunyai janji temu vaksinasi hari ini juga tidak ketinggalan mengenakan busana raya sempena sambutan hari raya korban ini, memeriahkan lagi suasana PPV IPT UNIMAS.

Salah seorang sukarelawan yang juga staf UNIMAS di Pusat Pembangunan dan Khidmat Teknologi Maklumat, Alhadi bin Bujang berkata, dia tetap turun bekerja walaupun cuti umum untuk memberi semangat dan sokongan padu kepada petugas-petugas di PPV IPT UNIMAS.

WhatsApp Image 2021 07 20 at 19.20.17 2

“Saya tidak berasa terbeban malahan bersemangat untuk turun bekerja pada Hari Raya Aidiladha, walaupun sepatutnya cuti umum, dengan mengenakan baju Melayu supaya nampak lebih ceria," katanya.

Manakala salah seorang Polis Bantuan UNIMAS, Inspektor Polis Bantuan Ismail bin Dan berkata, pengalaman pertama kali bekerja pada Hari Raya sangat menyeronokkan kerana dapat menjalankan tugas-tugas menjaga keselamatan bersama anggota-anggota lain walaupun tidak dapat beraya bersama keluarga.

WhatsApp Image 2021 07 20 at 19.20.17

“Tiada beza bekerja pada hari biasa ataupun cuti umum kerana kita ada tuntutan kerja yang lebih penting perlu dilaksanakan, tambah-tambah lagi pada tahun ini tiada aktiviti korban akan dijalankan, " katanya yang terdahulunya pergi menunaikan solat Aidiladha di Pusat Islam Tun Abang Salahuddin (PITAS), UNIMAS sebelum bertugas di PPV IPT UNIMAS.

Salah seorang pelajar Fakulti Bahasa dan Komunikasi, UNIMAS, Tahun 2, Nurul Aiman binti Hamid, 22 yang berasal dari Tebedu berkata, Aidiladha tahun ini berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya kerana tidak dapat berkumpul bersama keluarga tercinta.

WhatsApp Image 2021 07 20 at 19.20.16

“Saya tidak dapat balik beraya bersama keluarga namun tetap meraikan Hari Raya Aidiladha dengan aktiviti makan bersama rakan-rakan di Kolej Cempaka. Saya berasa bersemangat turun kerja hari ini dengan rakan-rakan yang lain demi membantu para petugas barisan hadapan, katanya.”

Bagi salah seorang penerima vaksin dos kedua, Hazarudin bin Hamdin, 31, yang berasal dari Kampung Tanjung Bundong, Kota Samarahan, dia sangat bertuah kerana dapat divaksin pada hari yang mulia ini.

WhatsApp Image 2021 07 20 at 19.20.17 1

“Saya menunaikan solat Aidiladha terlebih dahulu sebelum pergi ke sini (PPV IPT UNIMAS). Isteri saya telah menyediakan juadah Raya dan bila balik dari sini, kami sekeluarga akan berkumpul bersama," katanya yang ditemani isterinya yang turut divaksin pada hari ini.

 
Attachment(s):
 
 
Demo