Events Calendar

Download as iCal file
Ceritera Cinta
Thursday 15 July 2021, 08:00am - 05:00pm
Hits : 2257
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
WhatsApp Image 2021-07-20 at 17.13.39.jpeg

Mereka adalah individu-individu pertama yang akan anda jumpa sebaik sahaja masuk ke gerbang Pintu Masuk Utama UNIMAS. Mereka juga penunjuk arah dan menyambut ketibaan anda di Dewan Tunku Abdul Rahman Putra (DeTAR PUTRA). Apabila anda memasuki ruangan Pusat Pemberian Vaksin Mega Institusi Pengajian Tinggi (PPV IPT) , anda akan disapa oleh mereka untuk memastikan anda melakukan imbasan MySejahtera dan pemeriksaan suhu. Dan mereka juga antara individu-individu terakhir yang mungkin anda lihat apabila meninggalkan premis UNIMAS. Siapakah mereka? Merekalah anggota Polis Bantuan Bahagian Keselamatan UNIMAS (PB BK UNIMAS), dan ini ceritera cinta mereka kepada universiti, warganya, dan komuniti.

Sejak 14 Jun lepas, UNIMAS telah mencipta sejarah tersendiri apabila muncul sebagai sebuah PPV Mega di negara ini, dan sejak tarikh keramat itu juga, anggota PB BK UNIMAS tidak putus-putus meraih keringat mereka untuk memastikan keselamatan dan kelancaran barisan pengunjung yang hadir mendapatkan suntikan vaksin mereka berlangsung dengan baik.

Perancangan demi perancangan disusun rapi oleh PB BK UNIMAS yang diketuai oleh Pengarah BK, Tuan Mohd Melintang Abdullah dibantu oleh barisan pegawai-pegawai, ASP PB Idzhar Shaffarrul Hasli, Inspektor PB Charles Maclean anak Ridis Rinyod, Inspektor PB Ismail Dan, dan Inspektor PB Raja Norazizah Raja Harun.

 

cc1

Tuan Mohd Melintang Abdullah memantau barisan penerima vaksin di luar PPV IPT UNIMAS. Di bawah penyelarasan pegawai penuh pengalaman ini terdapat 148 pegawai dan anggota BK UNIMAS. Lima pegawai dan 50 anggota dikhaskan untuk operasi PPV IPT UNIMAS.

 

cc2

ASP PB Idzhar Shaffarrul Hasli

 

cc3

Inspektor PB Charles Maclean

 

cc4

 Inspektor PB Ismail Dan

 

cc5

Inspektor PB Raja Norazizah

Namun, seperti kata pepatah, langit tidak selalunya cerah. Begitulah yang berlaku tanpa diduga pada hari-hari PPV menjalankan operasi, namun semendung manapun yang muncul pada hari-hari tertentu, anggota PB BK UNIMAS tetap setia membantu anda. Seawal 6.00 pagi , roll call dan briefing tetap diadakan sebagai aktiviti siap siaga menyambut kehadiran ribuan pengunjung ke sana.

Jom kita berkenalan dengan antara barisan anggota PB BK UNIMAS yang mungkin anda kenali, mungkin pernah menyapa, membantu, dan mengiringi anda ke PPV IPT UNIMAS.

cc6

Sarjan PB Isawani bin Daud adalah anchor utama untuk aliran penerima vaksin untuk masuk ke dewan. Beliau menyelia dan mengawal pergerakan ke kaunter. Anda mungkin pernah melihat anggota penuh dedikasi ini di pintu masuk PPV. 

 

cc7

Korporal PB Jaafar bin Bakar, DJ utama PPV IPT UNIMAS! Korporal Jaafar bertanggungjawab membuat pengumuman dan menyusunatur logistik, termasuklah makan minum anggota-anggota BK di dalam dan luar dewan.

 

cc8

Korporal PB Siti Aisah Mohamad Daud: Bertugas di Pos kawalan PPV: Arena Gemilang. Berperanan memantau dan menguruskan kelancaran laluan barisan penerima vaksin yang menunggu giliran di Arena Gemilang. Meskipun kadang kala terasa penat, namun Korporal  PB Siti Aisah gembira dan bersyukur kerana dapat berbakti kepada masyarakat. Ada meja piknik sukut dewan untuknya, jangan sik tauk.

 

cc9

Pengawal Keselamatan Kuan Hui Lee. Lokasi pos PPV: DeTAR PUTRA. PK Kuan membantu mengawal barisan orang ramai yang beratur di dewan. Berbadan cilik namun aktif semasa menjalankan tugas. Gembira dan bangga, antara perasaan beliau semasa menyambut pengunjung di PPV IPT UNIMAS. This sweet lady aims to be a full auxiliary police soon – all the best to you!

 

cc10

L/Korporal PB Zurina bt Mohamed Kassim. Lokasi pos: Bertugas di bahagian sick bay. Penyokong kuat Manchester United ini merasakan cukup berbaloi dapat turut sama bertugas di PPV IPT UNIMAS (lebih-lebih lagi jika dapat menonton match Man U apabila balik kerja!)

 

cc11

Anak Kelantan yang sayangkan Sarawak. L/Korporal PB Rosli bin Yaacob untuk kekal hidup aman dan damai, paling penting ialah mengamalkan sikap  sopan santun dan ramah kepada orang lain. Beliau boleh ditemui berada di lokasi kawalan di hadapan DeTAR PUTRA, mengawal barisan dan memeriksa masa janji temu penerima vaksin. Kelah tuan.

 

cc12

Kita beralih ke pos kawalan lalulintas untuk tempat letak kenderaan di hadapan DeTAR PUTRA bersama L/Korporal PB Mohd Faizal bin Hasbi. Dalam hujan dan panas, beliaulah antara anggota PB BK UNIMAS yang bertanggung jawab mengawal aliran keluar-masuk kenderaan di hadapan dewan.

 

cc13

Seorang lagi polis trafik UNIMAS yang kami temui, bertugas di pos kawalan berhampiran Fakulti Kejuruteraan – L/Korporal PB Shrulamyra bin Mohammad. Seorang anggota PB BK UNIMAS yang cool  bila dihampiri. Beliau merasa bangga dapat berkhidmat membantu orang ramai mengambil vaksin. “Berkhidmat untuk negara dan buat yang terbaik untuk UNIMAS,” ujar beliau.

 

cc14

L/Korporal Vincent anak Jack Shaw, juga bertugas mengawal aliran pergerakan lalulintas di hadapan DeTAR PUTRA, tetapi lokasi pos yang berlainan (arah keluar). Tenang dan kaya dengan senyuman (walaupun sebalik mask), L/Korporal Vincent percaya perancangan yang baik adalah kunci kejayaan sesuatu operasi. “Bila ada info dari masa ke masa, kita boleh bertugas dengan teratur,” katanya.

 

cc15

Kawalan aliran lalulintas semasa operasi UNIMAS sebagai PPV memerlukan ramai anggota bagi memastikan kelancaran pergerakan kenderaan. L/Korporal PB Mohamad Rafi bin Husaini juga bertugas di salah sebuah pos kawalan lalulintas. Sungguhpun berada di bawah mentari terik, beliau ceria apabila ditemuramah. “Lelah juak sebenarnya, tapi lamak sik bertemu dengan rakan seperjuangan,” ujarnya.  

 

cc16

Kembali ke DeTAR Putra bersama L/Korporal PB Veronica anak Rantis (L/Korporal PB Veronica sebenarnya baru sahaja hendak duduk makan apabila kami menyerbu untuk sesi fotografi dan temuramah singkat. Terimak kasih banyak-banyak!). Anak Sarawak ini bangga kerana UNIMAS mengutamakan kesejahteraan warganya dan juga komuniti.

 

cc17

Korporal PB Nazatul Shima binti Sukeng: Lokasi pos di Arena Gemilang . Jika anda antara pengunjung yang pernah menunggu giliran di Arena Gemilang, maka anda pasti mengenali gadis polis ini yang menemani anda memasuki ruangan PPV IPT UNIMAS, apabila tiba giliran anda dipanggil. Sebab ya nya ngembak tangan pink ya, pakey lambey orang. Korporal PB Nazatul Shima gembira berkhidmat di PPV IPT UNIMAS kerana dapat melihat pelbagai gelagat dan ragam manusia.

 

cc18

Korporal PB Zaini bin Ibrahim kami sergah semasa beliau sedang berjalan menuju ke PPV dari arah pintu masuk Arena Gemilang. Korporal PB Zaini memberikan nasihat yang mantap berkenaan pengurusan orang ramai, terutamanya apabila menghadapi karenah dan tindakan yang tidak dijangka. “Kita kenak cool,” katanya. Yes, sir!

Ramai lagi pasukan BK UNIMAS yang menyumbang bakti kepada kelancaran PPV IPT UNIMAS yang tidak sempat ditemubual. Namun begitu, jasa dan budi mereka tidak pernah kita lupa.Yang pasti, mereka semua adalah aset berharga yang terus-menerus menyumbang bakti dan tenaga untuk warga UNIMAS dan juga untuk masyarakat tercinta.

Terima kasih semua.

Remember, there’s no community without unity!

 
Attachment(s):
 
 
Demo