Events Calendar

Download as iCal file
POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM) BUKTIKAN KEUNGGULAN
From Monday 09 March 2020
To Sunday 15 March 2020
Hits : 1979
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
rsz_1dsc_0519.jpg

Pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) membuktikan kehebatan mereka sekali lagi selaku juara bertahan apabila dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan (MAKSAK) Sarawak pada edisi kali ini.

 

Dengan jumlah kutipan 19 pingat emas, 26 perak dan 13 gangsa, PDRM menewaskan 16 lagi pasukan lain yang turut serta di dalam kejohanan selama dua hari tersebut yang dilangsungkan pada 6 sehingga 7 Mac 2020 yang lalu.

 

Pasukan Pendidikan berada di kedudukan kedua keseluruhan setelah memperolehi 17 emas, 6 perak dan 23 gangsa manakala pasukan tuan rumah iaitu Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) di tempat ketiga keseluruhan dengan 12 emas, 12 perak dan 9 gangsa.

 

Johan Kategori Wanita dimenangi oleh Pasukan Pendidikan dengan memperolehi 10 emas, 2 perak dan 3 gangsa manakala PDRM turut menjadi Juara Kategori Lelaki dengan membawa pulang 12 emas, 13 perak dan 7 gangsa.

 

Anugerah Olahragawan dan Olahragawati Kejohanan disapu bersih oleh pasukan Pendidikan apabila Choo Thiam Choy (Lelaki Master) dan Mohammad Safazzuan Sazuki (Lelaki Junior Veteran) memenangi Anugerah Olahragawan Kejohanan manakala Anugerah Olahragawati Kejohanan menjadi milik Sharon Kezia Leela Sanjivee Sundararaj (Wanita Senior Veteran) selepas ketiga-tiga mereka memperbaharui rekod kejohanan 100 dan 200 meter bagi kategori masing-masing.

 

Kejohanan MAKSAK Sarawak kali ini juga memperlihatkan pertambahan pasukan daripada edisi lepas iaitu sebanyak 17 pasukan bertanding pada edisi kali ini berbanding 11 pada edisi lalu. Antara pasukan baru yang bertanding pada edisi kali ini ialah BSN, Kastam, Penjara, Yayasan, MSN, Imigresen dan ILP manakala SEDC yang menyertai kejohanan edisi lalu tidak menghantar pasukan pada kali ini.

 

Tahniah diucapkan kepada semua atlet dan pasukan yang telah bertanding pada Kejohanan Olahraga MAKSAK Sarawak 2020 pada tahun ini. Semoga kejohanan seperti ini akan mengeratkan lagi silaturahim antara semua anggota MAKSAK dan seterusnya melahirkan lebih banyak atlet yang berkualiti.

 

rsz dsc 0475

rsz dsc 0478 1

rsz dsc 0482

rsz 1dsc 0488

rsz dsc 0487

rsz dsc 0494

rsz dsc 0502

rsz dsc 0515

 
Attachment(s):
 
 
Demo