Events Calendar

Download as iCal file
JANTUNG,-HATIKU,-HEPA
Wednesday 15 January 2020, 08:00am - 05:00pm
Hits : 1715
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
fadzil6.jpeg

Fadzil1Fadzil2

Fadzil3sidang2 3 427 20191029 TYCO0993

sidang4 5 587 20191030 TYCO3459Fadzil9

Fadzil10Fadzil8

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pelajar, alumni dan rakan rakan sekerja yang saya kasihi sekalian. Semoga berada dalam keadaan sihat sejahtera dan senantiasa dibawah peliharaan Allah jua.

Saya coretkan coretan terakhir ini untuk dikongsikan bersama. Semoga apa yang telah

dinukilkan dalam MIND FAR selama ini dapat memberikan sedikit pengalaman untuk kita sama-sama jadikan iktibar atas pengalaman hidup yang pernah saya lalui insyaAllah. Ada orang hairan kenapa saya langsung tidak segan silu menceritakan kisah peribadi secara terbuka sedangkan bagi mereka itu adalah terlalu "personal" dan bagi mereka lagi, mereka tak suka untuk dikongsikan. Bagi saya pula, itulah sebaik baik dan seindah indah sumbangan dan

perkongsian untuk dijadikan panduan buat pelajar pelajar. Saya tak pernah rasa malu untuk berkongsi pengalaman hidup biarpun sewaktu dalam kehidupan yang serba serbinya payah

dan menyakitkan. Bagi saya, akhirnya, pengalaman hidup itu adalah guru sejati dan ilmu yang terbaik untuk diperturunkan. Jika boleh dijadikan panduan syukurlah. Jika tidak, tak mengapa lah. Anggaplah semua itu hanya untuk sekadar bacaan santai sahaja.

JANTUNG

Alhamdulillah berbekalkan firasat, andaian dan meneka dalam kesamaran sementara

menantikan dengan penuh debaran untuk mengetahui keadaan dan situasi jantung yang sebenar, akhirnya kesemua persoalan itu terjawab sudah. Saya telah lama bersedia menghadapi segala kemungkinan dengan penuh redha dan tawaduk. Ini sudah ketentuan Allah buat saya. Setelah memilih untuk menangguh angiogram kerana ingin raikan konvo anak pada 14 Oktober dan memastikan untuk hadir ke konvo UNIMAS buat kali terakhir sebagai TNC HEPA pada 28 - 30 Oktober 2019, prosedur angiogram yang telah saya tangguhkan itu pun segera dilakukan. Alasan profesional untuk menangguh sebelum ini kerana batuk bukanlah alasan yang sebenar benarnya. Kalau doktor tahu confirmed mengamuk... Ikhlasnya dua sebab di ataslah yang buatkan saya memilih untuk menangguh. Untuk anak sendiri dan anak anak UNIMAS.

Saya memang sudah nekad untuk pastikan saya wajib raikan anak saya sendiri dan anak-anak UNIMAS buat kali terakhir...."come what may...." kata orang putisss....

Paling manis buat julung kalinya dalam konvo terakhir saya itu pula, Naib Canselor seolah

memahami dan telah memberikan penghormatan buat saya untuk isytiharkan pengumuman keahlian Alumni. Aduh...terasa amat teruja serta terusik jiwa dan hati sanubari kerana berkesempatan juga untuk buat kali terakhirnya memberikan penghormatan buat anak-anak UNIMAS saya. Bergenang juga airmata tiap kali buat perisytiharan berkenaan. Cuma saya bijak untuk sembunyikan airmata saya bila kembali ke tempat duduk. Control "macho" tu.. Hanya Allah saja yang tahu perasaan saya pada waktu itu. ....

Setelah cita cita dan keinginan saya itu termaqbul, sebaik saja selesai konvo UNIMAS, saya serahkan diri di Pusat Jantung untuk prosidur angiogram. Maka saya lalui lah prosidur berkenaan dengan penuh ketenangan. Lepas 45 minit, doktor katakan ..OK angio sudah selesai. "Wah cepat betul"..kata saya dalam hati. Saya melonjak kegembiraan dan amat teruja kerana sekejap benar... harapan nya doktor akan katakan "everything is good...." Dalam kegembiraan itu rupanya andaian saya itu ternyata meleset. Sebaliknya, ada berita kurang baik yang telah disampaikan...3 blockage termasuk saluran utama dan valve bermasalah.

Adoi...begitu sekali keadaannya kata saya dalam hati.....Kesimpulannya, tiada pilihan lagi....hmmm terpaksa buat "by pass" - "open heart surgery" kata doktor. Terkedu sekejap... tak terkata..."tak boleh pasang stent lagi..narrowing artery kata doktor". Memang saya akui terasa pilu yang teramat. Ingatkan paling tidak hanya pasang stent. Rupanya keadaan lebih kronik dari yang disangkakan selama ini. Apa tidaknya, sewaktu menjalankan tugas sebagai TNC selama berbelas tahun...tak pernah pula ada rasa sakit mahupun terserlah symptomnya....tup tup terus kronik...Allah...ini semua sudah takdir dan suratan hidup buat saya. Mujurlah semuanya berlaku di hujung karier........

Tapi apa pun..saya tetap saya...dulu kini dan selamanya..Saya tetap kuatkan hati dan semangat serta tabah untuk teruskan kehidupan seperti biasa dengan senyuman dan penuh keceriaan di sebalik kepiluan dan keresahan yang sedang melanda yang saya cuba sembunyikan. Saya akan tetap senyum. Itu pasti!!. Rupanya, kehidupan ini sedang menghambat usia dan waktu...begitulah

hakikatnya yang harus saya terima. Paling lucu, ada seorang kawan sekolah saya ni sedang

menghidap sakit bi-polar...dia call saya bertanyakan khabar...dalam pada itu dia dengan ikhlas dan straight foward katakan.." by pass" ni sangat berisiko tinggi. Katanya lagi.."kawan saya baru saja buat "by pass"...lepas 2 hari "jalan"...dengan bersahaja dan penuh tulus ikhlas....hahaha

Mendengar kata kata kawan saya itu, saya bukannya marah..tapi ketawa besar kerana telatahnya yang bersahaja itu. Maklum sajalah orang bi-polar. Cuma yang saya tersentuh, sebelum akhir perbualan katanya ." insyaAllah Fadzil, saya akan buat solat hajat khas untuk keselamatan dan kesihatan Fadzil. Terasa sayu dan tersentuh bila ada kawan walaupun bi-polar tapi masih ingat malah berniat untuk mendoakan buat saya. Apa pun bagiku, ajal maut..rezeki dan jodoh semuanya adalah milik dan ketentuan Allah sepenuhnya...terima seadanya..." innallah 'ala kullishai'in Qadir....

Maka kini saya sedang menghitung hari untuk melalui pembedahan "by pass" - "open heart

surgery" yg dijadualkan pada bulan Februari nanti insyaAllah....Mohon semua doakan buat saya ya...Maaf, saya kongsikan kisah jantung ini bukan kerana minta simpati, cuma kerana ramai yang bertanyakan khabar mengenai pembedahan ini kerana bagi yang tahu dan sering bertanyakan khabar, inilah statusnya yang dapat saya kongsikan pada waktu ini terutamanya bagi yang amat prihatin dengan keadaan saya.....terima kasih saya pada yang banyak bertanyakan khabar dan mengambil berat selama ini. Paling berharga yang tak putus putus titipkan doa yang terbaik buat saya. Alhamdulillah.

HATIKU

Dicelah celah kehidupan yang mencabar dan serba tidak ketentuan ini, seikhlasnya, hati

sanubariku terasa amat puas kerana setiap yang berlaku dalam hidup ini seolah sudah

direncanakan dan apa yang telah berlaku memang seolah telah ditakdirkan. Ibarat memahami keadaan hidup, keinginan, hasrat, matlamat dan tanggungjawab yang digalasi selama ini.

Sama seperti menantikan keputusan angiogram, akhirnya Setelah melebihi 11 tahun dan memasuki tahun ke 12 mengabdikan diri sebagai TNC HEPA, terjawab sudah penantian yan gdinanti nantikan. Alhamdulillah pengganti saya sebagai TNC HEPA yang baharu sudah pun diumumkan. Syukur. Kini sudah sampai ke penghujungnya tugas ini. Siapa sangka karier saya boleh bertahan selama ini. Paling tak diduga juga perkhidmatan sebagai TNC ini rupanya akan berakhir dengan disambut oleh sakit jantung. Bukan sakit biasa tapi kronik. Syukur saya pada Allah kerana memberikan peluang untuk saya berbakti kepada anak2 UNIMAS saya selama hampir 12 tahun tanpa sebarang penyakit kronik dan gangguan kesihatan selama ini.. Jika dilihat dari perspektif tugas, ya ini rahmat Allah buat saya sebenarnya. Jika dilihat dari sudut lain, ya saya terima ini sebagai takdir dan peringatan dari Allah buat saya. Biar yang mana pun, saya terima dengan penuh redha dan tawaduk.

Mujurlah sewaktu berkhidmat sebagai TNC saya sentiasa dalam keadaan baik dan sihat. Tidak ada MC dan dengan senang hati dapat melangsaikan tugas dengan ceria dan semampunya tak kira siang atau malam, panas atau hujan, hujung minggu mahupun pada hari cuti kelepasan am. Yang penting, ikrar dan nekad saya sejak memegang jawatan ini untuk pastikan semampu yang boleh akan hadir ke semua program pelajar tak kira kecil atau besar, gah atau sebaliknya tertunai jua. Semua ini berpaksikan kepada atas satu pendirian...saya ingin raikan pelajar saya dan tidak mahu hampakan harapan pelajar saya. NOKTAH.

Puas HATI...dapat abdikan diri buat UNIMAS

lebih lebih lagi pada pelajar pelajar sehingga hujung karier saya sebagai TNC kalian...(TNC paling senior dan veteran dalam Malaysia tuu ....."dont play play ya..." . ) Tak lupa juga sebagai ahli senat paling Otai..hampir 20 tahun mengabdikan diri sebagai ahli Senat UNIMAS tanpa henti henti.

Biarpun selepas ini saya tidak lagi akan bersama kalian sebagai TNC HEPA, hati ini akan tetap abadi bersama kalian ...dulu kini dan selamanya. Cuma saya akui saya sudah pasti akan merindui pelajar pelajar saya, aktiviti kelab, persatuan, kolej, menguruskan kebajikan kalian dan yang paling menyentuh hati menguruskan jenazah pelajar pelajar yang pergi meninggalkan kita. Al Fatihah buat semua yang telah meninggalkan kita. Pekerja pekerja di rumah mayat HUS boleh dikatakan semuanya kenal benar dengan saya. Mana tidaknya...asal saja ada musibah kematian

atas nama UNIMAS saya lah orang yang dicari dan sentiasa ditemui di sana....Pernah dalam satu kejadian menguruskan jenazah seorang profesor dari IPTA yang meninggal dunia di Kuching. Hanya empat orang kami saja yang menguruskan jenazah dari petang hingga

lewat pagi sampailah menghantar jenazah ke lapangan terbang. Peristiwa itu tak dapat saya

lupakan kerana tatkala kami ber empat mengurukan jenazah di rumah mayat, sayup sayup dihujung telinga kedengaran takbir hari raya. Kejadian itu berlaku diambang hari raya dan ketika umat Islam sedang sibuk membuat persediaan menyambut hari raya.

Bermacam macam lagi aktiviti pelajar telah mewarnai hidup ini disepanjang karier sebagai TNC HEPA. Banyak sangat nak cerita. Kalau di share, pasti makan masa berminggu minggu. Tapi insyaAllah saya sedang menulis dan semua itu akan dibukukan untuk dikongsikan insyaAllah.

Terimakasih buat semua pelajar dan alumni dan juga staf HEPA terutamanya yang telah banyak memberikan kerjasama dan sokongan. Kalian adalah yang TERBAIK!!!!

Sebenarnya,, tanpa apa apa jawatan, yang disandang, sejak sebelum menjadi Dekan PPP dan TNC lagi saya memang sudah aktif dan sangat dekat dengan aktiviti dan kebajikan pelajar.

Tiada siapa pun dapat pertikaikan atau persoalkan kenyataan saya ini. Tanyalah pada mantan dekan PPP pertama dan dua orang TNC HEPA yang mendahului saya jika kurang percaya.

Jawatan yang saya sandang itu bukan diterima atas nama kedudukan, pangkat, jawatan, gelaran ataupun keistimewaan sebagai seorang TNC semata mata. Ianya lebih kepada minat, kejujuran dan keikhlasan yang sejati yang ingin membawa HEPA UNIMAS dan pelajar pelajarnya untuk bergandingan seakrab akrabnya merentasi perbezaan ideologi politik, agama, kaum, bangsa keturunan dan budaya dengan mengutamakan persamaan kearah menjadikan UNIMAS sebagai sebuah kampus contoh kepada IPT lain di mana suasana kampus dan kehidupan pelajarnya sentiasa harmoni serta dipenuhi dengan pelajar-pelajarnya yang bersifat kesarjanaan dan profesional dari lebih gemar menimbulkan sentimen yang lebih kepada mencari perbezaan hingga menimbulkan suasana yang tidak kondusif sebagai sebuah gedung ilmu.

Terima kasih buat semua yang memahami jiwa ini dan menyokong pendirian serta prinsip saya selama ini. Syukur!! Saya dikurniakan pelajar yang amat memahami jiwa ini.

HEPA

Tugas dunia HEPA yang digalasi sejak menjadi Dekan PPP bermula pada tahun 2001 dan

seterusnya sebagaiTNC sejak 2008 banyak memberikan pengalaman pahit dan manis, suka dan duka yang tersirat dan tersurat. Itu semua banyak memberikan pengalaman dan pengajaran dalam hidup ini. Sikap dan sifat manusia juga banyak dipelajari disepanjang menggalasi tanggungjawab sebagai teraju HEPA. Siapa kawan, siapa lawan. Yang tulus atau yang hanya mencari kesempatan, semuanya terserlah. Tak perlulah saya huraikan...agak sarat dan panjang jika nak dihuraikan satu per satu. Memadailah jika saya katakan memang amat mencabar dan terlalu banyak perkara dan peristiwa yang tidak diketahui ramai betapa sukar dan pedihnya

melalui liku liku hidup dan tugas tugas disepanjang hampir 12 tahun mengabdikan diri sebagai TNC HEPA. Tidak saya nafikan adakalanya sampai memakan diri. 'Badan berpeluh di dalam air..menangis sendiri di dalam hujan". Biarlah semuanya ku simpan sendiri dan dibawa mati.

Namun saya akui tidak pernah terdetik sedikit pun rasa kesal memikul tugas ini. Malah saya

syukur pada tuhan kerana diberikan peluang selama ini untuk berbakti pada pelajar saya, tak

kurang juga pada staf UNIMAS. Bila dapat mempermudahkan kehidupan orang lain dan melihat kalian berjaya dan cemerlang dalam hidup dan kerjaya dan apabila saya masih ditegur sapa dan dihubungi oleh alumni mahupun pelajar semasa biar di mana pun saya berada, itu sudah cukup memberikan kepuasan dalam hidup saya. Itu lah yang saya dambakan pun. Terasa diri amat dihargai. Tidak lebih tidak kurang..........

AKHIRNYA.......

Setelah berkhidmat dibawah lima orang menteri pendidikan tinggi dan rendah, buat terakhir kalinya, izinkan saya untuk mengundurkan diri dari dunia HEPA khususnya bersama UNIMAS. Pengunduran saya ini pula berlaku tatkala pelajar pelajar saya sedang bercuti semester. Aduh mujurlah waktu ini. Jika tidak, sudah pasti saya akan kesedihan dan kesayuan melihat kalian. Sesungguhnya apa yang berlaku ini ada hikmahnya yang tersendiri....

Apa pun, adat orang timur...dan dari hasil didikan agama, budaya dan didikan ibu dan ayah saya, sebelum mengundurkan diri, tak kiralah salah siapa pun, saya rapatkan kedua belah tangan dan himpunkan jari jemari memohon ampun dan maaf kepada semua samada yg suka yang tak suka, tak berkenan atau yang meluat atas apa alasan sekali pun disepanjang saya menjalankan tugas. Bagi saya, tiap kali terasa murung atau sedih kerana orang tak suka atau benci, mengumpat dan sebagainya, yang memberikan kekuatan adalah berpegang pada satu perkara sebagai pedoman. Kalau sebaik baik dan semulia mulia Rasulullah pun masih ada yang dengki benci dan khianati baginda...maka apa lah sangat masalah saya jika dibandingkan dengan

cabaran baginda...disitulah kekuatan yang saya perolehi setiap kali terasa kecewa. Lebih lebih

lagi dengan sikap dan keangkuhan manusia. InsyaAllah, mudahan tiada lagi jika ada yang marah atau benci saya akan terus membenci lagi selepas ini insyaAllah.

Dikesempatan ini juga, halal kan lah apa jua perkara termasuk makan minum mahupun

tindakan yang mungkin timbul dari kekhilafan saya sebagai manusia biasa yang tak lekang dari melakukan salah dan silap ini..Saya akui saya manusia biasa dan hamba tuhan yang masih lemah dan masih banyak perlu belajar terutamanya dalam aspek ilmu kehidupan Tentu sekali banyak tindak tanduk dan kekhilafan yang mungkin timbul dan yang tak disengajakan itu mengakibatkan tercetusnya salah sangka dan andaian yang sepatutnya tidak wujud pun. Tak pernah terlintas untuk sakiti sesiapa..jauh sekali menganiayai orang kerana saya masih punya perasaan takut disoal di akhirat nanti. Itu pasti.

SELAMAT TINGGAL HEPA

Akhir kalam, saya bersyukur pada Allah, saya dikurniakan satu sifat dan sikap semulajadi

yang tidak pandai berdendam pada sesiapa pun. Tak kira salah siapa pun mudah untuk saya lupakan dan maafkan. Lantas saya amat mengharapkan kalian juga dapat memaafkan saya dan membuang rasa dendam itu. Kalau tak dapat juga itu terserahlah.....di pihak saya sudah selesai dan dah pun saya usahakan.. Hanya Allah jua maha mengetahui...

Tiada apa yang saya harapkan sebagai balasan melainkan doa yang baik baik dari kalian buat diri saya dan keluarga. Hanya itulah sebesar besar harapan yang saya inginkan.

"Pengalaman telah mendewasakan..

Mematangkan fikiran....

Pahit getir yang pernah ku lalui...

Guruku sejati...."

"Wajahmu takkan kami lupakan...

Sentiasa terpahat diingatan..

Menjadi lipatan sejarah....

Segar mekar dalam kenangan..."

"Tuai padi antara masak..

Esok jangan layu layuan...

Intai kami antara nampak..

Esok jangan rindu rinduan..."

"Anak cina pasang lukah...

Lukah dipasang di tanjung jati..

Didalam hati tidak kulupa..

Sebagai rambut bersimpul mati.."

15 Januari 2020 @12.01 am adalah detik keramat merandakan penghujung perkhidmatan dan berakhirnya karierku bersama HEPA. Lalu terrsimpanlah dalam lipatan sejarah dan diari yang bakal menjadi arkib UNIMAS ke atas perkhidmatan ku sebagai TNC Ke 3 UNIMAS. Selamat tinggal dan Selamat Maju Jaya, HEPA. Semoga ukhuwah dan silaturrahim kita akan terus terjalin.

Jazakallah khair, terimakasih sekali lagi diatas sokongan dan kerjasama yang amat erat oleh

semua pelajar terutamanya semua MPP, JPK Kolej, Persatuan dan Kelab Kelab pelajar, alumni, staf dan bekas staf HEPA, orang perseorangan yang mengenali dan pernah berurusan dengan saya disepanjang perkhidmatan saya semasa di HEPA. Tak lupa juga buat ibu bapa pelajar terutamanya yang kehilangan anak anak kesayangan yang telah pergi meninggalkan kita sewaktu menuntut di UNIMAS .

Terima kasih banyak juga kerana telah memberikan sepenuh kepercayaan serta kerjasama erat buat saya untuk menguruskan anak anak kalian. Semoga Allah merahmati kita semua dan dimuliakan dengan sebesar besar barakah. Alhamdulillah, pahit manis, suka duka dan perit jerih telah kita sama sama lalui bersama. Setiap detik menguruskan kalian biar apa jua cabaran dan dugaannya bagiku adalah rahmat dan habuan terbaik yang telah diberikan oleh Allah buat saya untuk mendidik, berbakti dan terus menyemai rasa kasih sayang, hormat menghormati antara semua pelajar dan staf dengan saya. Ameen Ya Rabb.

* Di hari terakhir memegang jawatan TNC petang tadi , selepas tamat waktu pejabat lazimnya pemandu saya seperti biasa akan memandu kereta dan menghantar saya pulang. Tapi sebagai penghormatan di hari akhir perkhidmatan, saya teruja dan terpanggil untuk memandu pulang ke rumah dan meminta pemandu saya duduk disebelah saya, (ingatkan nak suruh dia duduk di belakang tapi takut pula pasti dia tak mahu) . Bukan apa, sebagai tanda penghargaan saya pada beliau yang telah bersama saya sebagai pemandu sejak hampir 11 tahun yang lalu. Saya tinggalkan kereta rasmi dan pandu kereta antik saya pulang ke rumah hari ini.

Salam saya pada semua. Kasih sayang dan kenangan antara kita , abadi selamanya....

Saya mohon mengundurkan diri.....

Laman Facebook MIND FAR melabuhkan tirai dan akan berakhir di sini.

Wassalam.

MFAR

15 Januari, 2020.@ Rabu 12.01am

Fb datu fadil

 
Attachment(s):
 
 
Demo