Events Calendar

Download as iCal file
PASUKAN CANSELORI, BAHAGIAN KESELAMATAN DAN HEPA BUKTIKAN KEHEBATAN SEMPENA FESTIVAL SUKAN STAF PIALA NAIB CANSELOR UNIMAS 2019
Friday 08 November 2019, 08:00am - 05:00pm
Hits : 1270
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Bola Jaring .JPG

 

7 November , Universiti Malaysia Sarawak: Festival Sukan Staf Piala Naib Canselor UNIMAS 2019 telah bermula pada 6-7 November 2019 bagi sukan bola jaring , futsal lelaki dan sepak takraw bertempat di Komplek Sukan UNIMAS. Perlawanan peringkat kumpulan telah diadakan pada 6 November manakala pusingan kedua hingga peringkat akhir diadakan pada 7 November.

FutsalDalam acara futsal lelaki sebanyak 11 pasukan yang telah mengambil bahagian yang dibahagikan kepada 3 kumpulan. Pada peringkat akhir, di antara pasukan Keselamatan dan pasukan Pembangunan, pemenang terpaksa ditentukan melelaui sepakan penalti. Hasilnya, kemenangan memihak kepada pasukan Keselamatan dan pasukan Pembangunan Noab Johan, manakala pasukan HEPA di tempat ke-3

Bola Jaring Acara bola jaring turut menyajikan saingan sengit di antara pasukan Canselori dan pasukan Keselamatan. Pasukan Canselori berjaya menjaringkan gol kemenangan pada minit-minit terakhir permainan setelah terikat dengan jaringan 5-5. Dengan kemenangan 6-5, pasukan Canselori telah dinobatkan sebagai johan manakala pasukan keselamatan baib johan, di tempat ke-3 pula adalah pasukan Pra-SIS.

TakrawAksi perlawanan akhir sepak takraw juga tidak kurang hebatnya apabila pertarungan di antara pasukan Keselamatan dan dan pasukan HEPA mendapat sorkaan dan sokongan padu penyokong. Percaturan pertukaran pemain pasukan HEPA pada set ke-2 telah menukar rentak permainan pasukan HEPA setelah kalah set 1 dan akhirnya memenangi set ke-2. Perlawanan telah diheret ke set 3 penentuan untuk juara. Akhirnya pasukan HEPA berjaya mengalahkan pasukan Keselamatan dengan kemenangan 2-1. Tempat ke-3 dimenangi oleh pasukan CITDS/CAIS.

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnkan oleh Prof. Dr Azhaili bin Baharun, Pengarah Pusatj Sukan UNIMAS. Pada 13-14 November 2019 pula akan dipertandingkan acara badminton, dodgeball dan sukan rakyat di Komplek Sukan UNIMAS.

KEPUTUSAN RASMI:
1. BOLA JARING
Johan : Pasukan Canselori
Naib Johan : Pasukan Keselamatan
Tempat Ke-3 : Pasukan Pra-SIS

2. FUTSAL LELAKI
Johan : Pasukan Keselamatan
Naib Johan : Pasukan Pembangunan
Tempat Ke-3 : Pasukan HEPA

2. SEPAK TAKRAW
Johan : Pasukan HEPA
Naib Johan : Pasukan Keselamatan
Tempat Ke-3 : Pasukan CITDS/CAIS

Syabas dan tahniah di ucapkan kepada semua pemenang dan pasukan yang bertanding.

 
Attachment(s):
 
 
Demo